Personaliti media sosial, model dan pelakon, Brittany Renner telah mengumumkan dirinya sudah memeluk agama Islam dalam satu hantaran terbaru di laman Instagram.
Memiliki lebih 4.6 juta pengikut di media sosial, Brittany yang tampil menawan menggayakan hijab menjawab pertanyaan mengapa dirinya memilih untuk mengikut ajaran Islam.
“Tidak, saya tidak memilih Islam. Saya belajar yang tuhan memilih siapa yang dikehendakinya untuk mendapat hidayah. Ramai orang konon-konon kenal saya, tahu apa yang saya buat.
“Namun adakah anda perasan yang senyuman saya selama ini menjadi satu kesakitan? Apabila anda perasan tentang itu, adakah anda pernah bertanya khabar keadaan saya.
Ads
“Saya mencari kebenaran sepanjang hidup, mencari panduan. Melihat kepada bintang, astrologi, numerologi tetapi kebenaran sebenarnya adalah panduan daripada tuhan. Jika kita tidak hidup kerana tuhan kita hidup untuk orang lain. Hidup saya telah menjadi refleksi perkara itu,” kongsinya.
Dalam video tersebut juga, Brittany turut berkongsi yang dia telah melafazkan syahadah pada tanggal 5 Ogos yang lalu. Sejak itu dia mula mengenakan hijab dan cuba hidup sebagai seorang Muslimah yang baik.
Biarpun mendapat kecaman ramai dan ada sesetengah pihak menyatakan perubahannya itu sekadar publisiti semata-mata, Brittany tidak endahkan tohmahan dan hidup berlandaskan apa yang menjadikan dirinya lebih positif kini.
Imbas kembali, Brittany pernah bekerja sebagai jurujual, jurulatih zumba sebelum menjadi popular di media sosial dan melakukan pelbagai kerjasama bersama jenama-jenama terkenal.
Ads
Selain bergelar personaliti media sosial, dia juga pernah berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan muncul sebagai pelakon jemputan dalam drama bersiri The Haves and the Have Not serta American Soul.
Sekadar info, wanita berusia 32 tahun itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pemain NBA popular, P.J. Washington dan memiliki seorang anak hasil hubungan tersebut yang kini sudah mencecah usia tiga tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai peminat teruja apabila menatap foto terkini anak kepada pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah, Ayden Adrean yang sudah pun dipotong pendek rambutnya.
Penampilan baru anaknya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ketiga baru-baru ini dikongsikan si ibu menerusi satu entri terkini di Instagram.
“Ayden Adrean with his new haircut,” tulis Bella ringkas.
Lalu menerusi ruangan komen, entri yang sudah mendapat lebih 60,000 tanda suka itu menerima respon pelbagai daripada peminat.
Rata-ratanya memuji kecomelan Ayden dan tidak kurang yang membandingkan penampilannya yang saling tak tumpah seperti bapanya.
Sekadar informasi, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan Bella kini sedang meniti hari untuk bersalin anak keduanya, minggu ini.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 100 unit tablet untuk diberikan secara percuma kepada pelajar yang memerlukan.
Ini kerana, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan pada tahun ini akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seperti sedia maklum, para pelajar yang menjalani sesi persekolahan PdPR memerlukan penggunaan komputer dan telefon pintae.
“Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew,” tulisnya.
Serentak dengan itu, perkongsian Ebit telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap murni Ebit yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa mendedahkan dirinya sudah lama tanam impian untuk menceburi industri Makanan dan Minuman (Food & Beverages – F&B), mengambil inspirasi bisnes yang diceburi bapanya yang mengusahakan Village Park.
Malah katanya kepada MH, produk Nilofa Banana Milk mendapat sambutan menggalakkan dan ia nyata memberi semangat buatnya untuk terus terokai bisnes baru selepas itu.
“Jadi bila saya berkesempatan untuk lalukan F&B ini, mengeluarkan produk yang very straight forward iaitu air, keperluan harian dan sebahagian dari gaya hidup. Mengapa tidak saya cuba.
“Impaknya sangat luar biasa kerana terdahulu saya hanya fokus kepasa fesyen dan kosmetik. Jadi ini adalah yang pertama dan ia mendapat reaksi positif,” jelas Neelofa yang turut mengakui permintaan peminat terhadap Susu Pisang adalah tinggi, khasnya bagi mereka yang menggemari budaya Korea.
Pada masa sama, hos MeleTOP ini turut mengumumkan dirinya bakal kembangkan lagi bisnes F&B dengan menjalankan servis penghantaran menu harian ‘fresh food’ yang dikhususkan untuk sarapan pagi.
“Menu hidangan yang sinonim dengan orang Kelantan, Nasi Berlaluk. Setakat ini, kami sudah pun ‘set up’ our central kitchen di Selangor dan untuk permulaan operasinya akan berjalan di sekitar Lembah Klang.
“InsyAllah ia akan mula beroperasi Januari depan. Kita tengah ‘test run’ dahulu sebabnya agak sukar kerana ia bermula seawal Subuh dan perlu diagih-agihkan kepada pick up point. Hanya tumpu kepada waktu sarapan sahaja. Nasi lauk Ayam,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM mempersembahkan drama raya 2025 bertajuk Hayati, sebuah karya pertama stesen radio ini yang meneroka genre psikologi emosional.
Drama berdurasi 40 minit itu mengetengahkan...