Inspirasi

Personaliti Media Sosial, Brittany Renner Umum Peluk Agama Islam – “Saya Mencari Kebenaran Sepanjang Hidup…”

Share

Personaliti media sosial, model dan pelakon, Brittany Renner telah mengumumkan dirinya sudah memeluk agama Islam dalam satu hantaran terbaru di laman Instagram.

Memiliki lebih 4.6 juta pengikut di media sosial, Brittany yang tampil menawan menggayakan hijab menjawab pertanyaan mengapa dirinya memilih untuk mengikut ajaran Islam.

“Tidak, saya tidak memilih Islam. Saya belajar yang tuhan memilih siapa yang dikehendakinya untuk mendapat hidayah. Ramai orang konon-konon kenal saya, tahu apa yang saya buat.

“Namun adakah anda perasan yang senyuman saya selama ini menjadi satu kesakitan? Apabila anda perasan tentang itu, adakah anda pernah bertanya khabar keadaan saya.

“Saya mencari kebenaran sepanjang hidup, mencari panduan. Melihat kepada bintang, astrologi, numerologi tetapi kebenaran sebenarnya adalah panduan daripada tuhan. Jika kita tidak hidup kerana tuhan kita hidup untuk orang lain. Hidup saya telah menjadi refleksi perkara itu,” kongsinya.

Dalam video tersebut juga, Brittany turut berkongsi yang dia telah melafazkan syahadah pada tanggal 5 Ogos yang lalu. Sejak itu dia mula mengenakan hijab dan cuba hidup sebagai seorang Muslimah yang baik.

Biarpun mendapat kecaman ramai dan ada sesetengah pihak menyatakan perubahannya itu sekadar publisiti semata-mata, Brittany tidak endahkan tohmahan dan hidup berlandaskan apa yang menjadikan dirinya lebih positif kini.

Imbas kembali, Brittany pernah bekerja sebagai jurujual, jurulatih zumba sebelum menjadi popular di media sosial dan melakukan pelbagai kerjasama bersama jenama-jenama terkenal.

Selain bergelar personaliti media sosial, dia juga pernah berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan muncul sebagai pelakon jemputan dalam drama bersiri The Haves and the Have Not serta American Soul.

Sekadar info, wanita berusia 32 tahun itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pemain NBA popular, P.J. Washington dan memiliki seorang anak hasil hubungan tersebut yang kini sudah mencecah usia tiga tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen