Hiburan

Pertama Kali Bawa Lagu Harum Mekar Di Hati ‘Live’, Mas Idayu Nafi Miming – “Saya Cuma Tak Hafal Lirik, Ini Lagu Baru.”

Share

Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu manafikan dakwaan yang mengatakan dirinya hanya sekadar ‘miming’ ketika mempersembahkan lagu terbaharunya yang berjudul Harum Mekar Di Hati secara langsung di pentas akhir Famili Duo 4, Ahad lalu.

Menurut Mas atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun, dia hanya mengalami kesukaran untuk menghasal lirik memandangkan lagu ini baru sahaja dilancarkan.

“Saya tidak miming dan saya memakai ear monitor. Saya juga sudah meminta penonton untuk duduk kerana saya tidak nampak prompter.

“Saya tak hafal lirik sepenuhnya kerana ini merupakan lagu baharu,” katanya kepada MH, usai pentas akhir Famili Duo 4, di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.

Enggan Layan Kecaman

Katanya lagi, dia juga enggan mengambil pusing kritikan segelintir pihak terhadap persembahannya itu.

Malah, penyanyi lagu Hasrat Perindu turut merasakan orang ramai seharusnya memberikan lebih perhatian kepada para finalis yang berentap di pentas akhir Famili Duo 4.

“Saya tak kisah dah. Rasanya tak perlulah bercerita fasal saya. Ini malam akhir Famili Duo. Saya kini mahu berkongsi kegembiraan bersama pada finalis.

“Saya lebih terkilan kerana terpaksa menjurikan tiga pasangan duo yang kesemuanya bagus. Kalau boleh, saya nak bagi semua duo 100 peratus. Mereka memang bagus malam ini,” katanya lagi.

Terdahulu, lagu Harum Mekar Di Hati baru sahaja dilancarkan awal bulan lalu.

Single bergenre pop rock ini telah mendapat sentuhan daripada komposer terkenal manakala penulis lirinya pula adalah Raizo Almirez.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf