Tampil bergandingan buat pertama kali sebagai pasangan hero dan heroin, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkongsikan pandangannya mengenai aktres Nad Zainal.

Menurut Aliff, 31, ketika di awal penggambaran dia sangka Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, seorang yang sombong.

Namun, ternyata sangkaannya itu meleset apabila ia sama sekali tidak berlaku selepas mengenali dengan lebih rapat rakan gandingannya itu.

“Pertama kali saya bekerja dengan Nad Zainal, Nad tak (sombong) okay sahaja.

“Sebelum shoot ada sedikit kekwat dia, tapi bila dah kenal dia okay je,” kata Aliff menerusi video promosi drama terbaharu mereka, Cina Buta yang dikongsikan di laman Instagram Nad.

Ads

Mendengar pengakuan Aliff, Nad yang berada di sebelahnya terus membalas secara berseloroh, “biasalah kita perempuan kena action sikit.”

Malah Nad turut menambah, Aliff merupakan antara hero yang paling sopan pernah dia bergandingan bersama.

“Setiap kali interview dia (Aliff) kata saya kekwat haha! Sorry, saya kalau tak kenal memang begitu.

Ads

“Tapi Aliff Aziz adalah hero paling sopan pernah saya jumpa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang dikongsikan itu turut meraih perhatian isteri Aliff, penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang turut meninggalkan komennya di situ.

Ads

“Yeee tak habis cakap you kekwat tapi dah shooting haaa tak habis-habis puji you,” tulis Bella.

Selain Aliff dan Nad, drama Cina Buta yang diarahkan Shahrulezad Mohameddin turut dibintangi Ungku Ismail Aziz, Puteri Aishah dan Didie Alias.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Nad Zainal, Aliff Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI