Pertama kali melakukan persembahan bagi menggantikan posisi Mimi Fly dalam One Nation Emcees (ONE), Adeline Tsen tampil bersemangat ketika menyampaikan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mulan Jameela.

Akui agak kekok membuat persembahan bersama, Adeline mendedahkan dia mengalami sedikit kecederaan pada bahagian kakinya.

Bagaimanapun, ia tidak terlalu serius.

“Kamu la makluk tuhan paling seksi icinggg. Lets dance @onenationemceesofficial #icing @makbesarsg (trying my level Best – 1st time sing and dance with a Group) @onenationfamilyofficial.

“Hope you guys enjoyed the performance in singapore #throwback .

IKLAN

“P/s : I almost Twisted my ankle, lucky not hahaha Very The Nervous on stage!,” tulisnya yang telah mengadakan persembahan di Singapura baru-baru ini.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton sebanyak 20,000 kali dan rata-rata memberikan respon positif terhadap persembahan pertama anak kelahiran Sabah itu bersama ONE.

IKLAN

Pertama Kali Buat ‘Show’ Bersama One Nation Emcess, Adeline Tsen Hampir Cedera Di Bahagian Kaki Pertama Kali Buat ‘Show’ Bersama One Nation Emcess, Adeline Tsen Hampir Cedera Di Bahagian Kaki

Awal Januari lalu, salah seorang anggota ONE, Sabhi Saddi memaklumkan Mimi Fly kini membawa haluan sendiri dan difahamkan meneruskan karier solonya.

IKLAN

Keputusan itu dibuat dua minggu selepas tamat program Gegar Vaganza 2019.


Foto : Instagram Adeline Tsen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI