Pertama Kali Dalam Sejarah, Ella Akan Mengadakan Konsert Berkonsep Akustik, Mahu Sahut Cabaran!

Share

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin telah mengadakan satu sidang media bersama 200 pemuzik yang bakal menghangatkan konsert ‘Ella Unplugged In KL’ yang bakal dilangsungkan pada 29 hingga 31 Mac 2019 depan. 

MH telah menemu bual Ella dan penyanyi itu telah memaklumkan, dia bakal membawa satu konsep yang berlainan dan segar untuk konsert itu nanti.

“Dia tak ada berbeza ke apa, sebab kita tengok di mana mana tempat even Nirvana unplugged in New York, in L.A..” 

“So I think is a good thing untuk kita buat di Kuala Lumpur…so kita boleh experience..” 

“Dan I rasa dia berbeza untuk saya membuat persembahan sebegitu..” 

“Cabaran untuk saya but yeah I sahut!” katanya dengan teruja.

 

Selain itu, penyanyi yang berusia 52 tahun itu juga berkata dia sudah tidak sabar untuk mengadakan konsert ini. 

Tambahan lagi, Ella merasakan ini bukan sekadar platform yang menguji kredibilitinya sebagai seorang penghibur, tetapi mahu melihat kesetiaan peminatnya. 

MH mengucapkan semoga berjaya buat Ella dan semoga dapat memberikan terbaik pada malam konsert itu yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Published by
Nazar Rafiqhi