Sinonim dengan imej berkaca mata hitam ketika membuat persembahan sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusli kali ini tampil ‘menanggalkan’ item berkenaan di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam tadi.
Menyampaikan lagu Lembah Kesepian hasil ciptaannya sendiri bersama Gouffran dan Ibnu, lagu tersebut disampaikan penyanyi berusia 22 tahun itu dengan penuh penghayatan.
Malah, Haqiem yang diumumkan sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel tampil menanggalkan kaca mata hitamnya ketika babak lakonan bersama Datuk Rosyam Nor sebagai seorang ayah.
Sekali gus, orang ramai telah memberikan pandangan masing-masing apabila penyanyi itu bertindak sedemikian (menanggal kaca mata hitam).
Sementara itu, sisi lain mengenai persembahan Haqiem apabila kemunculan Datuk Rosyam Nor dengan penuh emosi yang mengetengahkan penceritaan hubungan antara anak dengan bapa.
Terdahulu, kemenangan AJL 34 milik Naim Daniel dengan lagu Sumpah hasil ciptaan Naim Daniel dan Omar K yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.
Naib juara, milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.
Tempat ketiga milik lagu Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas, hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.
Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.
Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.
Video : Youtube TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI