Pelakon baharu, Aniq Suhair akui teruja apabila diberikan peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab selaku tunjang utama bagi drama terbaru yang berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali.
Menurut Aniq, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila dirinya bakal muncul di slot drama popular tanah air.
“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat watak hero. Di slot Akasia pula tu.
“Ini peluang yang saya tidak akan saya tolak. Bila saya tengok jalan cerita, pengarah dan pelakon pun hebat-habat belaka. Saya memang tak cakap banyak. Terus je sign kontrak untuk berlakon di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Seperti diketahui umum, sebelum memulakan penggambaran, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon hero dan heroin asal telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Ads
Bagaimanapun, status sebagai pelakon pengganti sedikit pun tidak melunturkan semangat bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini.
“Walaupun saya merupakan pelakon pengganti yang membawakan watak hero tapi saya tak tertekan sebaliknya saya teruja bila ditawarkan peluang seperti ini.
“Bila orang asyik kata saya ini hanyalah pelakon pengganti, saya memandangnya daripada sudut positif. Memang rezeki dah tertulis untuk saya berlakon di dalam drama ini.
“Saya tak endahkan mulut-mulut negatif yang bercakap mengenai saya. Saya dan heroin, Siti Khadijah juga telah membuktikan mereka ini salah. Kami bukan hanya sekadar pelakon pengganti.
“Buktinya, baru seminggu drama ini ditayangkan, kami tak sangka akan mendapat sambutan yang luar biasa. Di sosial media pun, drama kami trending hampir setiap hari. Itu adalah petanda baik buat kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Ads
Aniq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Langsung ditanya adakah dia berharap drama ini bakal mencetuskan fenomena yang sama seperti drama Melur Untuk Firdaus, Aniq memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi.
“Kalau kami terlalu berharap agar drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kami juga yang kecewa kalau ia tidak kesampaian.
Ads
“Jadi ekspektasi kami biasa-biasa sahaja. Kalau drama ini dapat rating yang baik, kami bersyukur. Setakat ini, kami mendapat respon yang memberangsangkan.
“Saya pun tak mahu nak bandingkan drama ini dengan drama-drama lain. Kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara, itu rezeki mereka. Apapun yang terjadi, saya tetap reda,” akhirinya.
Aniq bakal bergandingan bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Khadijah.
Sekali Lagi Cinta Kembali bersiaran di slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal hari ini, pengarah dan pelakon Michael Ang ada melawat Emma Maembong yang terpaksa dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana mengalami deman virus baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Michael ada berkongsi perkembangan terkini pelakon terbabit selain turut mendoakan agar Emma segera sembuh.
“Salam semua. Baru lepas melawat @emma_maembongofficial kat hospital. Alhamdullilah dah bertambah sihat.
“Doa kan aje yg baik baik ok. Tak payah kutuk. Abaikan apa I ckp kat video ni Sebab kita kawan so kasar la bahasa ya. Luv u all!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memuatnaik sekeping klip menunjukkan soal siasat antara cikgu dan murid tahun satu, cikgu Instafamous, yang dikenali sebagai Namie mendapat perhatian netizen.
Semuanya gara-gara dia dikatakan mempunyai wajah iras kepada penyanyi Haram, Hael Husaini.
“Kawan pukul sakit x?
“SAKIT.
“Kamu pukul sakit x?
“X SAKIT.
“Mcm ni lah ragam budak-2
*This kid too cute to handle,” katanya menerusi video berkenaan.
“Goosebumps.” Itu antara komen yang ditinggalkan menerusi akaun Instagram Selangor Royal Official apabila keratan video titah ucapan tahniah daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 tahun dimuat naik baru-baru ini.
Bagai menggamit memori, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebelum ini pernah mencuri hati rakyat bersama kepetahan serta tonasi santun tatkala bertugas sebagai pembaca berita di stesen televisyen berkenaan tidak lama dulu.
Selain mengharapkan RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama menerusi beritanya, baginda turut mendoakan agar seluruh warga kerjanya sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik.
1 April 2019 ~ TITAH UCAPAN TAHNIAH OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN SEMPENA HARI ULANGTAHUN RTM KE-73
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulangtahun RTM yang ke-73.
Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Bukan mudah untuk RTM mengekalkan reputasi dan pencapaian terbaik sejak mula ditubuhkan, namun sehingga kini segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan setiap warga kerjanya telah membuahkan hasil dan menempatkan RTM sebagai penyiar terunggul di negara ini.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.
Saya turut ingin mendoakan agar seluruh warga kerja RTM sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
TAHNIAH SEKALI LAGI RTM UNTUK 73 TAHUN YANG CEMERLANG!
Lalu, keratan video tersebut mendapat reaksi peminat yang rata-ratanya merindui gaya pembacaan berita Tengku Permaisuri Norashikin.
Foto: Instagram Selangor Royal Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!