Pelakon baharu, Aniq Suhair akui teruja apabila diberikan peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab selaku tunjang utama bagi drama terbaru yang berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali.
Menurut Aniq, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila dirinya bakal muncul di slot drama popular tanah air.
“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat watak hero. Di slot Akasia pula tu.
“Ini peluang yang saya tidak akan saya tolak. Bila saya tengok jalan cerita, pengarah dan pelakon pun hebat-habat belaka. Saya memang tak cakap banyak. Terus je sign kontrak untuk berlakon di dalam drama ini,” katanya kepada MH.
Seperti diketahui umum, sebelum memulakan penggambaran, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pelakon hero dan heroin asal telah menarik diri pada saat-saat akhir.
Ads
Bagaimanapun, status sebagai pelakon pengganti sedikit pun tidak melunturkan semangat bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini.
“Walaupun saya merupakan pelakon pengganti yang membawakan watak hero tapi saya tak tertekan sebaliknya saya teruja bila ditawarkan peluang seperti ini.
“Bila orang asyik kata saya ini hanyalah pelakon pengganti, saya memandangnya daripada sudut positif. Memang rezeki dah tertulis untuk saya berlakon di dalam drama ini.
“Saya tak endahkan mulut-mulut negatif yang bercakap mengenai saya. Saya dan heroin, Siti Khadijah juga telah membuktikan mereka ini salah. Kami bukan hanya sekadar pelakon pengganti.
“Buktinya, baru seminggu drama ini ditayangkan, kami tak sangka akan mendapat sambutan yang luar biasa. Di sosial media pun, drama kami trending hampir setiap hari. Itu adalah petanda baik buat kami. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Ads
Aniq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Langsung ditanya adakah dia berharap drama ini bakal mencetuskan fenomena yang sama seperti drama Melur Untuk Firdaus, Aniq memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi.
“Kalau kami terlalu berharap agar drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kami juga yang kecewa kalau ia tidak kesampaian.
Ads
“Jadi ekspektasi kami biasa-biasa sahaja. Kalau drama ini dapat rating yang baik, kami bersyukur. Setakat ini, kami mendapat respon yang memberangsangkan.
“Saya pun tak mahu nak bandingkan drama ini dengan drama-drama lain. Kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara, itu rezeki mereka. Apapun yang terjadi, saya tetap reda,” akhirinya.
Aniq bakal bergandingan bersama seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Khadijah.
Sekali Lagi Cinta Kembali bersiaran di slot Akasia, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Barangkali mungkin ramai yang mulai perasan penampilan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan kini yang lebih selesa mengenakan pakaian yang lebih longgar, seiring dengan kematangannya sekarang.
Berkongsi mengenai hal tersebut kepada MH, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui sudah mulai ‘ubah selera’ terhadap gaya penampilan yang sedemikian sejak awal tahun lalu.
“Mula rasa tak mahu sekadar balut aurat. Sejak awal tahun ini. Saya dah mulai rasa selesa kenakan pakaian atau gaun yang longgar. Mula-mula Zain tegur. Dia kata eh, you pakai macam ni? Lepas tu lama-lama sudah okay,” katanya yang turut menjual baju-baju lamanya.
Malah, pelakon Kiah Pekasam ini turut menambah, perasaan tersebut datang secara perlahan-lahan, termasuk pengaruh sekitarnya.
“Bukan secara tiba-tiba, tetapi kalau nak diikutkan beberapa tahun dulu medium untuk kita belajar agama itu agak terhad, tetapi sekarang dari mana-mana pun kita boleh belajar misalnya menerusi media sosial.
“Follow saja akaun sedemikian dan daripada situ kita secara tidak langsung boleh belajar. Tahu apa yang salah dan betul. Secara perlahan-lahan saya cuba belajar dan cuba praktiskan.
“Bila kita nak berhijrah kena ada kawanan sekeliling yang betul. Misalnya kalau ada yang pasang niat untuk bertudung, kita kena kawan dengan mereka yang pakai tudung supaya kita lebih istiqamah,” jelasnya.
Ditanya mengenai caranya untuk lebih istiqamah selepas ini, Che Ta punya jawapan sendiri.
“Bila adik beradik lain pun dah pakai tudung, kita mula nak buat pakai ikut cara yang betul. Masing-masing pun cuba betulkan mana yang patut.
“Mungkin mula-mula tu rasa malu tapi kalau kita selalu buat, lama-lama suka. Sama ada kita iklhas atau tidak, tutup aurat adalah wajib. Perlahan-lahan iklhas itu akan datang,” akhirinya.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengusaha jenama Naelofar dan hos terkenal,Neelofa mencipta satu lagi momen manis buat dirinya apabila menjadi selebriti pertama dari negara ini yang dijemput untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama tersohor, Versace di Milan Fahion Week di Itali baru-baru ini.
Gembira dalam memenuhi jemputan terbabit, Neelofa turut rasa berbesar hati dan gembira sebagai seorang individu yang menggemari fesyen.
“Sungguh teruja kerana diberikan peluang buat pertama kali untuk hadir dan menonton pertunjukan fesyen Versace di sini.
“Saya memang menggemari Versace, lebih-lebih lagi untuk koleksi pada kali ini, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab,” katanya.
Selain Versace, Neelofa turut mendapat peluang sama buat pertama kali menonton pertunjukan fesyen jenama Bottega Vaneta.
“Tahun lalu saya menjadi selebriti terawal di negara ini untuk menyaksikan koleksi terkini Prada dan Gucci di minggu fesyen di sini.
“Kali ini saya sekali lagi mendapat peluang sama bersama dua jenama fesyen antarabangsa lain yang turut saya kagumi koleksi terbarunya.
“Rasa terharu kerana dengan pendedahan positif yang diberikan mereka terhadap saya,” katanya lagi.
Neelofa berada di Milan sejak 21 Februari lalu bagi memenuhi undangan jenama-jenama besar yang mengadakan pertunjukan fesyen di sini.
Dalam perkembangan lain, figura asal Kelantan ini juga turut merancang untuk mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia dalam tempoh terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...