Perkongsian isteri kepada Johan, pelakon Ozlynn nyata menjentik rasa syahdu di kalangan netizen apabila mendedahkan titipan doa di depan kaabah yang dibuat pengarah, Sheila Rusly buat dirinya sekeluarga.
Sheila dan suaminya kini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah dan rombongannya turut diserta beberapa kenalan lain termasuk Ayda Jebat.
Sambil mengharapkan agar hubungan silaturrahim yang terjalin kekal selamanya hingga ke syurga, Ozlynn turut mendedahkan sikap sebenar Sheila yang dilihat garang dan tegas secara luarannya.
“Jujur ckp.. mummy @sheilarusly_jspictures seorang yg garang dan tegas … abah @jinggo_jspictures tegas n disiplin.
“Kadang kalau org x paham.. pertama kali jumpa mesti org x suka sebab raut wajah nya yg nampak keras dan mcm sombong.. tp ketahuilah.. dia adalah seorang ibu, seorang kakak, seorang kawan yg sgt luar biasa.. baik.. tidak kedekut.. penuh dgn sifat kasih dan syg.
“Sekali dia sayang.. dia akan jaga sepenuh ati utk tidak menyakiti.. dan harini.. dia buat kami suami isteri terusik lagi.. Ya Allah.. peliharalah mereka suami isteri.. simpulkanlah mereka dgn ikatan kasih dan syg Mu.
“Terimalah amalan mereka Ya Allah.. jauhkan mereka dari sifat yg dibenciMu, dekatkanlah mereka dgn org2 yg beriman supaya tidak sesaat pun mereka lupa akan Mu.
“Ya Allah kekalkanlah silaturahim kami bersama hingga ke syurga Mu.. aamiin yaa rabbal alamiin.. abah dan mummy.. terima kasih… terima kasih utk hadiah yg paling mahal dalam dunia,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Sheila Rusly, Ozlynn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI