Melebarkan sayap mereka lebih jauh, kuartet  popular, DOLLA bakal meninggalkan impak dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena untuk kempen “Free Fire Untuk Semua”.

Kerjasama mereka bersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpkasi pada sebuah lagu yang dicipta khas berjudul ‘FIGHT’.

Kempen induknya, “Free Fire Untuk Semua,” bertujuan membawa para pemain bersama, dengan Free Fire mewakili ikatan yang mereka kongsi.

Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan Garena’s untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.

Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris).

“FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya.

Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” bulan ini.

Ads

“Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” ujar Tabby.

“Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada para pelagak ngeri terbabit kerana sudi mengajar kami cara berlawan dan menggunakan senjata. Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya,” tambah Sabronzo.

Sementara itu, bagi Syasya ia suatu pengalaman baru bagi mereka.

Gempaknya! DOLLA Sedia Untuk ‘Fight’ Gempaknya! DOLLA Sedia Untuk ‘Fight’

Ads

“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” jelasnya.

“Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, Kerjasama adalah sangat penting.

“Saya gembira DOLLA menjadi sebahagian dari kempen ini kerana dengan cara itulah kami bertahan. Kerjasama!” ujar Angel pula.

Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” akan berlangsung dari 13 hingga 30 Jun dan akan menyaksikan Free Fire meraikan perbezaan dalam komuniti.

Ads

Lagu kolaborasi berjudul FIGHT akan dilancarkan dengan sebuah video muzik rasmi sejak 17 Jun lalu dan boleh juga didiapati di semua wadah penstriman digital serta laman sosial lainnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI