Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 di seluruh negara sebelum ini bukan sahaja menjejaskan sektor ekonomi malah turut memberikan kesan kepada orang ramai termasuk golongan kanak-kanak.
Atas kelonggaran yang diberikab ketika ini, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga selain melakukan pelbagai aktiviti sosial lagi sekali mengikut SOP yang ditetapkan.
Pelakon, Diana Amir misalnya ada berkongsi cerita perihal anaknya sewaktu mereka sekeluarga berliburan di Melaka, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun Instagram, anak-anak kelihatan sangat teruja sejurus memasuki sebuah pusat membeli-belah memandangkan ia kali pertama dia membawa mereka ke premis membeli-belah sejak berlakunya situasi pandemik, kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun, masing-masing masih boleh ‘kaw diri’ cuma ada yang gembira apabila dapat memasuki kedai permainan.
“First time anak-anak masuk mall since pandemic started, berapa lama dah? Alhamdulillah behave well, tapi muhammad #2yearsold jakun betul masuk kedai toys.
“Thank you bangah @shamamir83 and @safirahroseli tolong jagakan anak2 juga,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 5, Khadija Azzehra, 3, dan Muhammad Khalid Al Habib, 2.
Foto: Instagram Diana Amir