Selebriti dan usahawan, Tya Arifin bersama suami, Asyraf Khalid baru-baru ini telah pun berangkat bag menunaikan umrah.
Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram, Tya berkongsi pengalamannya ketika pertama kali menaiki kereta api dari kota Madinah ke tanah suci Mekah.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi foto pemandangan indah yang terlihat dari kaca tingkap kereta api sewaktu perjalanan.
“Bismillahirahmanirrahim, pertama kali ke Mekkah dari Madinah naik train. Sebelum ini Tya naik mobil, kalau dibandingkan memang lebih baik naik train. Lebih cepat, luas dan mudah.
“Dan boleh lihat pemandangan dari luar yang amat cantik, Mashaallah… Train stationnya pun luas bersih dah macam airport Jadi nanti yang boleh coba juga ya…,” tulisnya.
Nyata, pemandangan itu sememangnya kelihatan sangat indah dan menakjubkan sehingga telah mendapat perhatian daripada wargamaya.
Sekadar informasi, Tya dan Ashraf telah pun mendirikan rumah tangga bersama pada 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Arif Jiwa, 4 dan Azzahra Jiwa, 2.
Foto: Instagram Tya Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doa Dari Anak Syurga,” – Abby Abadi Kongsi Doa Anak Zarina Zainuddin Dari Tanah Suci, Moga Baby D Cepat Sihat
Abby Abadi ada berkongsi sekeping doa yang dikirimkan dari Mekah oleh anak kepada Zarina Zainuddin, Muhammad Raizal Azrai atau Azal.
Azal bersama ibunya serta ahli keluarga yang lain kini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Sambil berkongsi doa yang dikirim, bintang Gerak Khas itu turut mendoakan kesejahteraan anak bongsunya yang kini sudah pun berusia 29 hari.
“Doa dari Anak Syurga Azal, @azal_azrai @zarinazainuddin_ . Alhamdullillah. Syukur
Moga ALLAH makbulkan doa Azal ye agar Baby Danial cepat sihat & membesar sebagai johan. Comel sangat doa ni.
“Hari ke 29 usia Baby Muhammad Danial Firman Faizal Sy. Sedar tak sedar sekejap je masa berlalukan?.. Sy dan Suami @jaiezzany tenang selalu sbb yakin dgn kuasa solat, DOA & sedekah.
“InshaALLAH, Baby D kami kuat & akan terus bertahan. Kami yakin: Masa akan mengubati segalanya. Janji ALLAH SWT, “Setiap kepayahan pasti ada kemudahan”.
“Hari ke 29, Baby D minum susu dah 8.5cc 2 jam sekali. Berat dah 660gram. Itulah perkembangan dia. Tak semua buleh Sy kongsikan disini ye.
“Yg lain turun naik. Kadang stabil.. kadang Dr kata 50/50. Segalanya masih belum reda sbb panjang lagi perjalanan Baby Danial Sy di NICU, HSB tu.
“Oklah tu je.. Yg indah2 je buleh cerita. Yg pahit2 sikit biar Sy simpan bawak ke mimpi ye hehe.. Terus mendoakanu yg baik2 utk Baby D Sy & Baby2 lain di NICU seluruh negara & seluruh dunia ye. Hanya ALLAH berkuasa atas segalaNYA,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan muat naik foto tersebut, entri berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen yang turut sama mendoakan Baby D selain turut memuji usaha Azal.
Terdahulu, terpaksa melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan baru mencecah 24 minggu selepas mengalami ‘turun darah’.
Sebelum itu, dia dimasukkan ke hospital selepas berdepan masalah tekanan darah tinggi.
Dua tahun lalu juga, bintang ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan Baby D, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Harap-Harap Pereka Dekat Malaysia, Rosakkan Imej ‘Solehah’ Sebenar,” – Izara Aishah Terkedu Baca Komen Warganet!
Isi Kandungan
TogglePelakon wanita ‘anak mami’ berdarah utara, Izara Aishah sentiasa membuatkan warga maya kagum dengan kecantikkan semulajadi yang dimilikinya meskipun tidak berdarah kacukkan.
Baru-baru ini Izara sekali lagi memukau netizen dengan kejelitaannya yang tak ubah seperti ‘wanita timur tengah’ apabila tampil dalam busana mewah patuh syariah yang bergemerlapan rekaan pereka fesyen selebriti terkemuka Rizman Ruzaini.
“Ya Allah, dia ni lawa betul ya. Muka macam arab gitu.”
@izaraaishahofficialDifferent sides -When working and off work.♬ CJ WHOOPTY – Umut Bilen
Busana itu digayakan Izara sewaktu dia menghadiri festival fesyen Islam dan berkongsikan momen tersebut menerusi beberapa hantaran foto dan video di laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, rata-rata netizen yang melihat video itu meninggalkan komen positif dengan memuji kecantikan Izara persis orang arab.
Malah tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan terkini Izara yang dilihat begitu menjaga aurat dan semakin dan patuh syariah walaupun masih berfesyen dan bergaya, sekaligus meletakkan Izara pada ‘class’ yang tersendiri.
Terkejut Baca Komen! Ini respon Izara
Bagaimanapun, diantara komen-komen positif itu, terdapat satu komen dari pengguna media sosial yang menjadi perdebatan netizen sekaligus menarik perhatian serta mendapat respon balas dari Izara sendiri.
“Harap-harap pereka yang ada dekat Malaysia ni rosakkan imej solehah sebenar pada Izara.” Komen pengguna media sosial
“Hah 😳” Balas Izara
Namun, ramai yang berpendapat bahawa individu berkenaan telah tertinggal satu perkataan, sehingga menyebabkan komen yang ditinggalkan berbaur negatif hingga menimbulkan salah faham.
“Banyak kali nak faham kan.. Tertinggal satu perkataan.. “TAK” kot..”
“Rasanya macam tertinggal perkataan ‘tak’ sebelum ayat ‘rosakkan imej solehah’ kan? Ghisau.” Komen warganet
Akhirnya pemilik komen tampil dan bersuara untuk menjernihkan semula kekeliruan itu dan mengakui kekhilafan dirinya yang tertinggal satu perkataan ketika menulis komen berkenaan.
“Haa lah tinggal “tak” patutlah Izara terkejut
Tu lah tinggal “tak” tu patutlah orang salah faham.” Balas pemilik komen itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Izara Aishah & Tik Tok @izaraaishahofficial
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terfikir Kalau Ada Babak Minta Bercium, Puan Sri Tiara Jacquelina Rupanya Pernah Tolak Peluang Ke Hollywood
Pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui sebelum ini dia ada menerima tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood. Namun, dia terpaksa menolak peluang itu atas beberapa sebab.
Menurut Tiara faktor perbezaan budaya menjadi sebab dia melepaskan tawaran tersebut kerana enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya terpaksa menolak babak-babak yang kurang sesuai dengan cara hidup orang Asia.
Bintang berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat.
“Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada… filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk.
“Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood… sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.
“Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan,” katanya.
Bercakap mengenai perkembangan dunia lakonan tempatan ketika ini yang banyak menerima kehadiran ramai bakat baharu, Tiara berkata untuk menjadi pelakon, seseorang itu perlu bergelar disiplin yang tinggi.
Malah tidak pernah rasa jemu untuk sentiasa belajar memperbaiki mutu lakonan.
“Kena berdisiplin dan terus belajar, jangan cepat rasa bagus… kita kena sedar beratus lagi pelakon di luar sana, sekarang ini zaman media sosial banyak sangat pelakon cuma antara kualiti sajalah.
“Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi.
“Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem… contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut,” katanya lagi.
Pelakon drama Keluarga Bahadon ini turut mengambil contoh dirinya yang sanggup korbankan kehidupan masa muda demi menjaga nama baik sebagai seorang anak seni.
“Kalau awak cuma nak fame dan glamor, jadi influencer di Instagram sahajalah, kalau nak jadi pelakon serius kena lalui peritnya, berkorban kehidupan sosial.
“Tengok saya tak ada social life, kita pun pernah muda, tengok orang best hidup pergi sana-sini, clubbing keluar setiap malam tapi saya kena disiplinkan diri daripada melakukan hal itu.
“Ini kerana saya tak mahu ada kontroversi, saya kena pastikan diri saya keep clean supaya tak terpalit kontroversi. Selain itu tak boleh cepat melatah apabila berdepan sesuatu,” katanya.
Perkongsian tersebut diceritakan Tiara menerusi IG Live melalui akaun Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) pada malam Selasa sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung 10 Disember depan.
Sesi yang bertajuk Aku Pelakon Terbaik itu dibawakan khas oleh Bahagian Latihan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ia dikendalikan editor hiburan berpengalaman yang bertindak sebagai moderator iaitu Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain Tiara, artis lain yang akan turut berkongsi kisah menarik mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin Syamsul Yusiof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperti Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A Aida.
Sesi ini yang bermula sejak Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI