“Pertama Kali Sama-Sama Atas Pentas, Terima Kasih Isteri,” – Bella Astillah Menari Iringi Aliff Aziz

Share

“Dia berlatih dalam masa dua hari macam tu, lets have some fun.”

Itu reaksi penyanyi Aliff Aziz selepas ditanya mengenai keberadaan isteri, Bella Astillah yang turut sama menari mengiringi persembahannya itu di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), semalam.

Menerusi konsert minggu ketujuh itu, Aliff menyampaikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal oleh Afgan.

“Bila lagi kita nak ada kesempatan beginikan? Saya harap semua orang terhibur bila ada elemen kejutan itu.

“Pertama kali kami sama-sama di atas pentas. Rasa teruja. Apa pun terima kasih banyak kepada isteri saya kerana ‘sporting’ dan sudi untuk berada di atas pentas bersama dengan saya di Gegar Vaganza. Sangat gembira,” katanya.

Ditanya mengenai komen juri jemputan, Datuk M Nasir sejurus dia selesai membuat persembahan, penyanyi lagu Sayang Sayang ini rasa terharu dan cuba menambah baik persembahannya selepas ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur sebab sekali lagi diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan juri yang berkaliber.

“Bila dapat tahu Datuk M Nasir akan beri komen, saya boleh rasa apa yang ingin disampaikan beliau.

“Saya gembira dan berterima kasih untuk kata-katanya. Apa yang yang boleh saya perbaiki selepas ini, saya akan analisa dan cuba yang terbaik, insya-Allah,” katanya lagi.

Aliff memperolehi markah sebanyak 71.90 peratus di belakang Nikki Palikat yang unggul di tempat pertama dengan 72.30 peratus.

Minggu hadapan, Aliff bakal menyanyikan lagu Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, runut bunyi bagi drama Papa Ricky.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Astro (Azrul Rafie)

Published by
MH