Pelakon yang sinonim menerusi watak antagonis, Adam Corrie baru-baru ini ada berkongsi foto momen dirinya sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Adam Fateh.
Permata hati Corrie dan isteri, Fazema Fuad itu sudah pun genap usia setahun setelah dilahirkan 11 Julai tahun lalu.
Menariknya, ini merupakan pengalaman pertama buat Corrie dan isteri, sementelah pasangan ini dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, kisah pasangan tersebut yang tetap sabar dengan ketentuan Illahi pernah mendapat perhatian pencinta seni tempatan.
Lalu, rasa syukur itu sekali lagi dizahirkan menerusi posting saat awal kelahiran anaknya. Perkongsian di Instagram milik bintang itu nyata menyentuh hati.
“Adam Fateh Lee | Turns One | 11 July 2019 | Alhamdulillah. Terima Kasih yang datang memeriahkan Majlis dan mendoakan kebaikan untuk Kita semua,” tulisnya pada foto sambutan yang disusuli dengan kredit.
Ads
Untuk rekod, Corrie yang memeluk Islam pada 2007 mendirikan rumah tangga bersama isteri setahuh selepas itu.
Menyatakan pendapat berkait isu yang sedang panas diperbincangkan mengenai pelbagai dakwaan sejurus pemergiaan arwah Abam, Micheal Ang mengharapkan, seharusnya isu ini diselesaikan di luar rangkaian media sosial.
Malah jelasnya, seharusnya pihak terlibat tidak hanya berkongsi kenyataan sebelah pihak sahaja, sebaliknya pihak keluarga Abam turut mempunyai hak untuk bersuara.
Pinta Michael lagi, hormati arwah Abam yang baru sahaja meninggal dunia 10 hari lalu dan jangan sesekali membuka aib keluarga.
“Bangun pagi terbaca berita yang sedang hot sekarang. Bagi saya, apa punya b*d*h semua. Kalau nak menjadi pemberita, janganlah tanya hanya sebelah pihak, tanyalah kedua-dua belah pihak.
“Selepas itu barulah muat naik video dan buat rumusan. Ini hanya muat naik sebelah pihak dan terjadi pergaduhan.
“Sekarang netizen yang sokong kau, akan cakap kau betul. Sebelah sana pula akan cakap kau yang salah. Kan benda b*d*oh melaga-lagakan orang dan membuka aib.
“Kalau nak jadi pemberita, jadi pemberita yang betul. Jangan laporkan sebelah pihak sahaja. Patutnya tanya balu arwah dan kemudian adiknya. Sekarang semua sudah salah anggap.
“Aku bukannya kasihannya orang yang masih hidup, aku kasihankan arwah. Kalau orang Cina cakap, arwah di dalam kubur tengah tergolek-golek.
“Salam semua. Apa punya bodoh manusia sekarang. Sila la delete semua posting n selesai kan Hal ni secara berdepan! Jgn la buat kat SO SIAL platform! Aku sedih n kesian kat arwah! Tanah tu merah lagi.
“Anyway to my followers I luv u all n Kau org Jgn la buat benda2 mcm ni! Luv u all again! Btw banyak nya org kahwin hari ni!” kongsinya di laman Instagram.
Meski tidak menyebut mana-mana individu yang didakwa terkait, namun melihat di ruangan komen, ada yang merujuk ia isu melibatkan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri yang terdahulu mengunjungi keduaman balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Tindakan tersebut dibuat bagi menghulurkan sumbangan, namun tindakannya melakukan ‘live’ menerusi Facebook dan sesi soal jawab yang didakwa tidak sensitif, mencetuskan rasa tidak puas hati adik arwah Abam, Ali Puteh.
Susulan itu, selain Ali, Aliff Syukri dilihat turut memberikan reaksi terhadap isu berkenaan.
Foto : Instagram Micheal Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan ahli politik popular Indonesia, Krisdayanti mengucap rasa syukur setelah anak dan menantunya bersedia untuk mengumumkan yang mereka sedang meniti hari menanti kelahiran anak pertama setelah mengalami keguguran pada pertengahan Mei tahun ini.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, “Masya Allah Tabarakkallah. Sekarang mereka sudah bersedia untuk mengumumkan betapa bertuahnya mereka kerana terpilih untuk bergelar ibu dan bapa. Terima kasih atas hujan berkat dari-Mu Ya Rabb. Untuk kesemua anak-anakku tanpa terkecuali Aurel, Atta, Jiel, Amora dan Kellen, semua bersar dan hebat. Alhamdulillah, terima kasih mama dan mae kerana mendoa dan melengkapkan ku sebagai ibu yang akan segera menjadi seperti mama dan mae.”
Hantaran ini juga disertakan dengan tanda pagar “wannabe grandma” menandakan keterujaannya yang bakal bergelar seorang nenek tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan pembaca, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mengikat tali pernikahan pada 3 April tahun ini dan pada 13 Mei, Aurel yang baharu diketahui mengandung mengalami keguguran yang teruk sehinggakan dia perlu terlantar di atas katil.
Namun rezeki Allah SWT itu benar, setelah lebih tiga bulan menyorokkan hal ini biarpun digasak pertanyaan dari para wartawan dan warganet, akhirnya pasangan muda ini bersedia untuk berkongsi khabar gembira ini kepada umum menerusi hantaran di Instagram yang menunjukkan video pengimejan ultrasound kandungan Aurel.
“Anakku Alhamdulillah, Allahuakbar sihat dan kuat ya anakku. Papa dan mama akan menjagamu sekuat kami. Setelah tiga bulan lebih merahsiakan dengan banyak media dan infotainment yang terus bertanya dan berita yang semakin tersebar. Doakan yang terbaik sahaja untuk keluarga kecilku.,” ucap Atta memohon semua mendoakan yang terbaik kepada keluarganya.
Penyanyi, Sufian Suhaimi akur dengan teguran netizen yang kurang senang melihat penampilan teman istimewanya yang kini masih belum berhijab.
Malah, ada juga yang mengatakan penampilan teman istimewanya itu agak tidak bersesuaian dengan imej bisnes bantal zikir yang sedang giat diusahakannya ketika ini.
Menurut Sufian, meskipun kehidupan peribadi dan bisnes tidak sepatutnya dicampuradukkan, namun dia tetap memandang teguran itu daripada sudut positif.
“Bercakap mengenai bisnes, saya hanya cuba untuk berkongsi kebaikkan melalui zikir, selawat dan bacaan ayat Al-Quran.
“Tujuan saya menjalankan bisnes ini kerana ia merupakan perjuangan saya berdakwah sekali gus mencuba sesuatu yang baharu.
“Manakala, mengenai kehidupan peribadi pula, ia tidak bercampur dengan perniagaan tapi saya terima segala nasihat dan komen-komen netizen.
“Bila netizen kaitkan penampilan pasangan dan perniagaan, bagi saya, ada juga betulnya. Saya ambil maklum dan cuba refleksi diri. Saya hanya mengharapkan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Sufian berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media single terbaharunya yang berjudul, Menggenggam Bahagia baru-baru ini.
Katanya lagi, dia dan teman wanitanya itu sentiasa berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya sebenarnya tak merancang untuk mempunyai pasangan yang mempunyai penampilan tertentu. Jodoh ini rahsia Tuhan dan kita sendiri tak tahu bagaimana pengakhiran perhubungan ini.
“Jadi atau tidak, sebab itu saya mengambil langkah yang sangat sederhana. Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu banyak berkongsi. Kita pun tak tahu pengakhiran seseorang itu bagaimana.
“Bagus juga bila ada netizen yang menegur. Kadang-kala, kalau nasihat kita tak menjadi, kita boleh tengok teguran netizen. Itu juga boleh jadi asbab kebaikkan,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon teman wanitanya selepas membaca komen-komen netizen, ini jawab penyanyi lagu Di Matamu itu;
“Dia juga sangat terbuka dan matang bila timbul soal teguran netizen atau perkara-perkara yang tidak disangka. Selagi teguran itu tidak menghina dan mengkeji sesiapa, kita terima dengan baik.
“Dia pun seorang yang baik dan datang daripada keluarga yang baik-baik. Dia tahu apa yang betul dan tak betul.
“Kami beruntung kerana punyai sistem sokongan baik. Keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa menginginkan yang terbaik,” akhirinya.
Terdahulu, Sufian teruja apabila dapat menghadiahkan buah tangan terbaharunya buat peminat yang sudah menantikan dia melancarkan lagu berentak balada.
Menggenggam Bahagia yang kini boleh didengari di seluruh platform penstriman merupakan lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Sang Hitam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!