Pelakon cantik, Mimi Lana ada berkongsi sekeping foto yang mencuri perhatian ramai di Instagram, khasnya di kalangan para peminatnya.
Bintang Pusaka berusia 26 tahun ini memuat naik gambar wajahnya yang polos tanpa sebarang solekan dari jarak dekat.
“No filter, no makeup, no kidding. Bye,” tulisnya ringkas.
Sehingga kini, posting tersebut sudah pun mendapat lebih 90,000 tanda suka.
Sekaligus, ia mengundang reaksi pelbagai peminat yang rata-ratanya memuji keyakinannya untuk berkongsi foto sedemikian selain ramai yang menyifatkan dirinya masih kelihatan cantik.
Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin sebelum ini cukup mencuri tumpuan ramai sejurus muncul menerusi drama episod, Cari Aku Di Syurga, Bukan Cinta Aku, Chandelier dan banyak lagi.
Bintang tinggi lampai asal Perak ini juga sebelum ini pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2014/15 lalu, bagaimanapun tidak berjaya untuk meneruskan cabaran sehingga ke final.
Foto: Instagram Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Ada Duit, Tapi…,”- 16 Tahun Berkahwin, Isteri Amy Search Dedah Cerita. Syukur Kini Hidup Bahagia!
Isteri kepada penyanyi rock, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan telah mengimbas detik pahit dan manis ketika di awal perkahwinan mereka sekitar tahun 2003.
Hasniza atau mesra disapa Nourish bagaimanapun kini bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada keluarganya.
“Bersyukur dgn apa yg kita ada , kerja , gaji besar , ada suami , ada anak , ada rumah , ada kereta masih boleh makan sedap , boleh shopping , boleh melancong apa lagi yg kita nk ? … Asyik complain sahaja .
“When i look back 16tahun dulu kami berkahwin tkder apa2 simple sahaja ada Mas Kahwin dan sebentuk cincin time tu dihadiri dgn kawan n saudara mara rapat )
“Alhamdullilah kami bahagia, kami kereta pun tkder time tu rumah pun menyewa Alhamdullilah kami bahagia waktu tu lepas dpt Alexander sewa rumah rm600 sahaja di Bandar Seri Putra then beli kereta Kia Spectra lepas tu upgrade Alphard , alhamdullilah bahagia sgt ..
“Selepas tu Allah bg rezeki lagi Alhamdullilah rezeki tkder lah kaya raya sgt tp Alhamdullilah . . suatu ketika Allah ambil balik dan Allah ganti benda lain Alhamdulillah kami bahagia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mrs.Amy (@qasander) on
Dalam pada itu, Nourish juga mendedahkan sikap sebenar suaminya itu.
“Time kami kahwin tu we both hv nothing but Alhamdullilah sy bahagia saja dgn Asam Pedas , Ikan masin n Kopi ( sejak kahwin dgn dia pandai makan itu semua ) .
“I bukan kahwin Amy dia kaya raya , kereta menjalar ( walaupun nama dia besar Frankly speaking after i kahwin tu baru dpt rasakan Oh my god Im married to Amy Search ? Demi Allah lillahitallah ) dan Kira kami time tu cukup2 makan sahaja ök .
“Org tk tahu dia tkder duit tp dia relax sahaja .tp org ingat i control duit dia . Hahaa .tkper Alhamdullilah bersyukur sgt2 . . But now i MOF .
@aku.amysearch we start from O . Thanks Sayang krn kasih sayang dan kesabaran u n i jgk hahaa . We’hv made it untill this far . InsyAllah sampai Syurga Firdaus aminnn,” tulisnya lagi.
Malah, Nourish bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang suami yang bersifat rendah diri.
“Ayat pertama dia dulu Amy selalu cakap i ni org kg i’ve nothing .. ? . He is so humble i tk rasa pun i kahwin dgn Rockstar . .
“Selamat membaca semua .. nk bgtau sini kalau dh jumpa jodoh kahwin saja tk payah nk tunggu kaya raya rezeki tu Allah yg aturkan,” akhirinya.
Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain,15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak berkesempatan menimang cahaya mata keempat apabila Nourish mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.
Foto: IG Qasander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkongsian Jadi Perhatian, Haikal Irfan Rupanya Pernah Lari Rumah Sebab Keluarga Tak Setuju Nak Jadi ‘TikToker’, Kini Buktikan Sesuatu; “Sebulan RM10,000.”
Pempengaruh yang juga selebriti TikTok, Haikal Irfan mendedahkan minatnya untuk mendalami aplikasi TikTok sebagai cabang rezeki bermula sejak diberhentikan kerja akibat pandemik.
Haikal atau nama penuhnya Muhammad Haikal Irfan Othman, 23, berkata, dia sebelum ini mempelajari bidang kulinari lalu memulakan kerjaya dalam dunia masakan sebagai cef pelatih atau commis chef di sebuah hotel.
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung di Ipoh.
“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap TikTok berputik setelah bosan menganggur. Saya godek satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari cara cari duit melaluinya.
“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main aplikasi ini, video saya tular dan momen manis itu menyuntik semangat untuk hasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” katanya.
Irfan bagaimanapun mengakui ketika itu hasratnya untuk menjadi ‘TikToker’ tidak direstui kedua orang tua.
“Mereka suruh saya cari kerja tetap yang lebih terjamin, tetapi saya tetap berkeras untuk jadikan TikTok sumber pendapatan.
“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Keras kepala, saya tekad lari dari rumah bawa diri ke Kuala Lumpur untuk tuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas,” akuinya lagi.
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok aplikasi media sosial popular itu, Irfan kini mampu tersenyum dengan pencapaian yang diraih.
Malah pada Jun tahun lalu, perjuangannya di medan digital demi mempengaruhi sejuta warga maya mengikutinya di platform TikTok akhirnya terlaksana.
Sehingga ke saat ini, dia berbangga dengan perolehan dijana daripada platform TikTok yang mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan, bahkan pernah mencatat angka sekitar RM50,000.
Sesudah berjaya memiliki lebih sejuta pengikut, Haikal mulai mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Afieq Shazwan Jawab Balik Bila Dikata Wajah Tak Komersial, Tapi Boleh Jadi Hero – “Terpulang… Saya Sudah Berikan Yang Terbaik.”
Nama penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan menjadi bualan di media sosial apabila dia muncul sebagai bintang utama menerusi drama bersiri, Diari Seorang Suami.
Penampilannya memberikan reaksi pelbagai di kalangan netizen, misalnya ada yang menyifatkan wajah Afieq tak komersial dan tidak bersesuaian dengan watak Hairi yang dibawakan di samping Yuna Rahim.
Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Afieq akui apa yang diperolehi adalah peluang dan dia turut bertanya apakah ciri-ciri komersial yang dimaksudkan.
“Okay kita tanya balik, komersial tu macam mana? Wajah komersial sekarang dengan komersial dulu macam mana? Sejujurnya, ini peluang saya. Jadi, komersial atau tidak terpulang pada selera penonton.
“Saya sudah berikan yang terbaik. Saya sendiri rasa watak ini berat untuk dijayakan. Komersial atau tidak, saya tidak boleh komen sebab tertakluk pada bagaimana orang melihat saya. Nilai komersial itu bersifat subjektif dan saya tiada jawapan yang tepat,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Muhammad Shafieq Shazwan Zamros ini turut menjawab tentang segelintir penonton yang masih melihat Afieq sebagai seorang pelakon kanak-kanak, meski usianya kini sudah mencecah 24 tahun.
“Saya sedar tentang perkara ini. Mungkin penonton sudah terbiasa melihat saya di layar kaca membawakan watak remaja, sebab itu mereka masih ada tanggapan bahawa saya masih lagi muda.
“Sebenarnya, saya ada menerima banyak tawaran berlakon bagi watak dewasa. Tetapi saya tidak dapat menjayakannya lagi atas alasan kekangan masa.
“Jadi, sebagai permulaan, saya membawakan watak Hairi iaitu lelaki kahwin muda,” katanya lagi.
Drama bersiri yang disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 12 November itu turut menampilkan Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI