“Pertama Sekali, Saya Minta Maaf…,” – Sissy Tak Dapat Teruskan Ucapan, Menangis Sebak ‘Live’ Di Famili Duo

Share

“Pertama sekali, saya minta maaf…”

Demikian kata yang diungkapkan penyanyi Sissy Iman selepas diminta rakan hos Famili Duo, Janna Nick mengulas mengenai persembahannya sepanjang enam minggu bersaing di dalam program berkenaan.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat meneruskan ucapan kerana sebak, dipercayai selepas menerima komen juri Mas Idayu susulan persembahannya menyampaikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam versi keroncong.

Rakan duo Sissy, Naim Daniel terdahulu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua selain mengakui Sissy memberikan komitmen terbaik sepanjang saingan di dalam rancangan hiburan realiti itu.

“Alhamdulillah, terima kasih dengan semua komen. Ini program hiburan untuk keluarga. Saya harap semuanya kekal terhibur. Saya dan Sissy percaya, apa sahaja yang kitaorang cuba, kita cuba untuk bereksperimentasi.

“Sekali lagi terima kasih untuk semua yang menyokong. Terutamanya Sissy sebab saya tahu dia memberikan banyak kesungguhan untuk pertandingan ini. Ya, insyaAllah kita akan cuba lagi pada masa akan datang” kata Naim.

Sejurus persembahan, Mas Idayu memberikan reaksinya terhadap persembahan mereka dan Sissy dirakam sebak, dipercayai susulan teguran yang diterima mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH