Konsert separuh akhir Kilauan Emas 2024 menyaksikan para peserta menunjukkan taring sebenar dengan mempertaruhkan kualiti vokal tersendiri bagi merebut peluang ke konsert akhir, minggu hadapan.
Ina meneruskan rentak kecemerlangan untuk sekali lagi meraih markah tertinggi iaitu 79.40%, sekali gus berada di posisi paling atas dalam kalangan enam peserta lain.
Ina juga dinobatkan selaku pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week hasil undian peminat.
Gie dan Sidi pula masing-masing meraih markah 78.16% dan 73.52% dan berada di kedudukan kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, hasrat Atie untuk melangkah ke konsert akhir tidak kesampaian apabila namanya diumumkan tersingkir.
Menyampaikan dua buah lagu iaitu How Do I Live dan Asmara secara medley, Atie gagal menyaingi persembahan enam finalis dengan menerima markah terendah iaitu sebanyak 61.03%.
Berikut adalah markah keseluruhan Konsert Separuh Akhir Kilauan Emas 2024;
Ina Keluar Dari Zon Selesa, Persembahan Raih Pujian Khir Rahmah
Ads
Strategi Ina untuk menyahut cabaran dan keluar daripada zon selesa nyata berhasil apabila persembahannya menerusi lagu Mana Satu nyanyian asal Juliana Banos mendapat pujian juri jemputan, Khir Rahman.
Menurut Ina, membawakan lagu berentak R&B sambil menari merupakan percaturan yang agak berisiko lebih-lebih lagi di minggu separuh akhir ini.
“Saya memang tak suka dan tak pandai menari. Apa yang ditunjukkan di atas pentas itu, saya hentam dan enjoy sahaja.
“Bukan dari segi tarian sahaja susah tapipengawalan vokal dan rentaknya juga amat mencabar. Bukan senang nak bawakan lagu R&B.
“Pada saya, lagu asli lebih mudah untuk dinyanyikan. Namun, saya tetap terus berlatih untuk tidak mahu buat kesilapan. Malangnya, ada sedikit kesilapan tempo pada lagu pertama,” katanya.
Bagaimanapun, kesilapan tersebut tidak mematahkan semangat Ina sebaliknya membakar keyakinan untuk beraksi cemerlang ketika lagu kedua.
Ads
“Nak buat macam mana? Kesilapan sudah pun berlaku.
“Bila berlakunya kesilapan pertama itu, bila kita terjatuh, saya pilih untuk bangkit semula sehingga tamat persembahan,” kongsinya lagi.
Silap Percaturan, Atie Reda Tersingkir
Gagal mara ke konsert akhir, Atie memaklumkan dirinya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
“Sudah tentu perasaan ralat itu ada. Kita pun sudah menyimpan impian. Namun, tak mengapa kerana ini lumrah program realiti. Memang atau kalah, itu adalah adat.
Ads
“Kita kena akur. Yang buatkan saya sedih ketika ini adalah kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan,” katanya.
Pada masa sama, peserta asal Negeri Sembilan ini juga akui terdapat kesilapan percaturan dalam soal pemilihan lagu.
“Mungkin saya tak all out dan pemilihan lagu kurang sesuai. Para peserta lain mempersembahkan lagu yang ‘strong’ dan fast tempo tetapi lagu saya berentak perlahan.
“Sepanjang berada di sini, saya sudah menimba pelbagai pengalaman. Orang lain tak dapat peluang seperti ini. Soal rezeki, segalanya sudah Allah tentukan.
“Kalau tersingkir di minggu awal, mungkin saya lebih ralat lagi. Saya reda,” ujarnya lagi.
Konsert minggu ini telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira manakala Khir Rahman dan Jatt Ali bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Berat hati pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri, bagi melepaskan anak sulungnya, Abdul Warits, 16, yang mula mendaftar di sekolah berasrama penuh, Kolej Yayasan Saad, di Durian Tunggal, Melaka pada Ahad.
Jarang-jarang sekali berpisah, Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 38, berkata walaupun keputusan itu cukup berat namun demi masa depan anaknya, dia mengizinkan.
“Ini bukanlah keputusan yang mudah, jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya, saya kuatkan juga.
“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya,” tulis Anne di Instagramnya.
Di ruangan komen, rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Anita Baharom dan Zarina Zainuddin turut mendoakan semoga segala urusan Warits dan Anne dipermudahkan.
“Yang baik-baik sahaja Warits! Siapa-siapa kacau jangan panggil Mama (Anne). Panggil Auntie Fara atau Auntie Darling saja,” usik Fara.
“Semoga Allah permudahkan segalanya, semoga menjadi anak yang bijak pandai dan soleh,” tulis Zarina.
Anne yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu mempunyai lima cahaya mata iaitu tiga daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, Nazharah Afroza, 12.
Perkahwinan bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sufi Harraz, 9, Nefa Naura, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anne Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan juga model, Alicia Amin mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang suka melontarkan komen negatif terhadap individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.
Jelas Alicia, orang luar tidak berhak untuk mempertikai keputusannya untuk membela anjing dan sekiranya mereka tidak berasa selesa, mereka tidak perlu melihatnya.
“I’m so tired of all these stupid comments regarding my dogs. They’re the goodest dogs who do nothing wrong and I know ‘ada je melayu yang ada anjing kenapa kena post’.
“Excuse you suka hati la. Tak suka tak payah bela anjing. Aku yang bela bukan kau.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Alamatnya Cinta itu menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, adalah lebih untuk kita sentiasa berbuat baik terhadap binatang berkenaan daripada terus memikirkan mengenai tanggapan negatif segelintir pihak terhadap diri mereka.
“Also if you’re Malay and love dogs and you takut nak tolong anjing or takut wanna walk your dog because there are malays around please take care of the dog.
“Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna. Baik jaga your dog that will love you and protect you. K dah. Geram,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Alicia baru sahaja mendirikan rumah tangga berasa pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan pada tanggal 14 Februari lalu.
Sumber: Instagram Alicia Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Zainol MacWilson telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon berusia 24 tahun itu telah berkongsi gambar ibunya dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Maslinda Yusoff setelah hampir 7 bulan tidak bertemu bersama ibunya.
“I miss my mum almost 7 months tak jumpa. Habis shoot je kakak balik Perth okay mum Love you lots” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu telah menjadi perhatian netizen setelah melihat wajah ibu Zahirah yang kelihatan sangat cantik dan muda.
Alahai, cantik betul wajah ibu Zahirah. Patutlah Zahirah kelihatan sangat cantik, sebab wajah ibunya pun cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ibu Zahirah kini sedang menetap di Perth, Australia.
Foto : Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.