Stacy ada berkongsi sedutan rakaman yang merakamkan dirinya yang dijemput sebagai pembaca berita bagi projek Komuniti Awani yang bersiaran sebentar tadi menerusi saluran Awani 501.

Maklumnya, dia mengakui bukan suatu tugas mudah untuk menjadi pembaca berita dan bernasib baik kerana ia dilakukan secara rakaman.

IKLAN

“Pertubuhan jadi persetubuhan saya sebut. Bukan senang mau baca berita tau terbelit2 lidah mau kejar tu ayat.

“Ini lah antara behind the scene yang tersalah. Nasib baik bukan live. Anyway, siapa yang ada tengok komuniti awani tadi?

IKLAN

“Bagi siapa2 yang terlepas boleh tengok besok dengan lusa ada lagi tau masa seperti biasa 8.15pm di astro awani @501awani saluran 501,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, segment istimewa itu menampilkan selebriti popular sebagai pembaca berita. Antaranya yang pernah terlibat di dalam program tersebut ialah Datuk Seri Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi.

Foto: Instagram Stacy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI