Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim seperti yang dipetik Sinar Harian, mahu penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 51, berkata, dia mahu melihat sendiri wajah penjenayah kejam yang sanggup membelasah anaknya sehingga membawa kematiannya.

“Perbuatan kumpulan perusuh membelasah anak makcik dengan kejam sememangnya tidak dapat dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kedah.

Asma juga mengharapkan agar  pihak terlibat dalam rusuhan itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap arwah anaknya.

Ads

Pada masa sama, Asma yang masih trauma dan tidak mampu menerima kejadian rusuhan berlaku hingga tidak dapat melelapkan mata.

“Sehingga saat ini, makcik tidak berdaya untuk menziarahi kuburnya dan tak boleh tidur lena sebab rindu dan teringatkan Adib.

Ads

“Makcik memang rapat sangat dengan dia, kalau ada cuti memang dia akan balik kampung bantu ayahnya di sawah,” ceritanya.

Terdahulu, bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, memohon supaya keluarga mereka tidak diganggu buat sementara waktu.

Ads

Dalam kejadian sebelum ini, Muhammad Adib parah dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara kira-kira jam 9.41 malam, Isnin lalu.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI