“Perut Makin Besar, Pipi Makin Bulat,” – Usia Kandungan Kini 20 Minggu, Yatt Hamzah Syukur Hamil Anak Ke-6 Pada Usia 40 Tahun

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Yatt Hamzah yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak keenamnya.

Menerusi satu hantaran terkini di Instagram, Yatt, 40 menjelaskan usia kandungannya kini sudah memasuki minggu ke-20.

Berkongsi berita gembira itu, Yatt turut bercerita mengenai perkembangan diri dan anak yang dikandung.

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh.

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?

“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya. Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun.

“Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kdg2 x larat dan asyik sakit pinggang je.

“Hello lil baby, In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen,” dedah Yatt sambil memberikan kredit.

Susulan itu, para peminat dan rakan selebriti turut meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen.

Rata-ratanya turut mendoakan agar kesihatan Yatt dan bayi bakal lahir kekal berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Dalam perkahwinan kedua Yatt itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Sementara menerusi perkahwinan pertamanya, Yatt mempunyai seorang anak iaitu Suci Hanania Malika.

Yatt pernah mengalami keguguran pada September tahun lalu.

Foto: Instagram Yatt Hazmah

Published by
MH