Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya ada membuat luahan mengenai sikap sesetengah daripada individu yang dilihat pentingkan diri saat menghadiri rumah terbuka.
Kongsinya menerusi Insta Stories di Instagram,
“Gi open house rumah orang dah makan tu dah-dahlah baliklah. Ni melepak pun pergilah cari port lain.
“Orang baru sampai nak duduk makan tak ada tempat sebab korang punya duduk tak hengat. Kalau ya pun nak cuci mata bukan ini masanya
“Tengahari panas berkicap woi,” maklum ibu kepada seorang cahaya mata ini tegas.
Bagaimanapun, tidak dinafikan kesedaran mengenai hal sedemikian masih ada yang kurang diamalkan, lebih-lebih lagi dengan ibu yang sarat mengandung seperti Hanez. Sepatutnya bagilah ruang atau tempat duduk, tak gitu.
Foto: Instagram Hanez Suraya