
Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarina Astillah ada menitipkan pesanan, agar dia pulang ke pangkuan keluarga jika suami anaknya, iaitu Aliff Aziz menyakitinya.
Zarina atau lebih mesra disapa Eina meluahkan, keluarga sentiasa akan ada bersama.
“Pesan Ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” tulisnya menerusi kapsyen video di Instagram pada Ahad.
Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz dan aktres Ruhainies telah dicekup dipercayai khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, pada awal pagi Sabtu.
Malah, kelibat Bella dan adiknya Didi Astillah di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekitar jam 2.40 pagi pada hari sama tangkapan dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.
Bella bagaimanapun sehingga kini masih tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kecamlah Sepuas Hati, Pijaklah Sampai Mati,” – Nadia Annuar Reda Dikritik Sebab Buka Hijab

Pengacara, Nadia Annuar akui sedikit terkilan namun tetap menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka selepas memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun, Nadia berharap agar semua pihak dapat memberikannya masa ada ruang untuk menempuh saat sukar di dalam hidupnya itu ketika ini.
“Takpelah, kecamlah sepuas hati. Kalau dah rasa jatuh terduduk tak cukup, pijaklah sampai puas. Kalau belum puas, pijak sampai mati. Saya reda sebab ini adalah kekhilafan saya sendiri.
“Saya pun tak mahu bagi alasan kota semua tahu apa yang wajib. Cuma saya diminta beri masa dan sedikit ruang. Maafkan saya sekiranya kekhilafan saya ini membuatkan anda rasa kurang senang dan benci kepada saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Nadia menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Nadia turut memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menyalahkan ibu serta ahli keluarganya yang lain diatas keputusannya itu.
“Terlalu banyak yang saya lalui dan tak dapat saya kongsikan. Satu lagi, saya minta sangat jangan kaitkan mak saya atau kelurga saya yang lain. Ini bukan salah mereka.
“Ibu saya merupakan ibu yang sangat hebat dan manusia yang sangat baik. Dia sudah buat yang terbaik untuk besarkan saya dan dia juga sudah nasihatkan saya. Adik saya pun begitu.
“Anda boleh meletakkan segala kesalahan itu kepada saya tapi jangan cakap yang tak elok mengenai mereka. Saya yang tak baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, hantaran terkini di laman Instagram Nadia nyata mengejutkan ramai pihak selepas dia memuat naik foto bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 yang memaparkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab.
Bagaimanapun, para netizen dan rakan selebriti tetap menitipkan doa yang baik-baik agar Nadia sentiasa diberikan kemudahan bagi menempuh detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadia Annuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bertudung Bukan Untuk Beri Harapan Pada Orang,”- Zizi Kirana

Penyanyi sensasi, Zizi Kirana mengakui berasa gembira dengan respon positif yang diterima daripada orang ramai perihal imejnya yang berhijab ketika ini.
Zizi mengambil keberkatan bulan ini dengan tampil menutup kepala sepanjang Ramadan ini.
Menurut Zizi, sudah menjadi niatnya untuk mengenakan hijab pada bulan puasa.
Bagaimanapun, dia tidak mahu memberi sebarang harapan buat peminat, sama ada dia akan terus berhijab penuh selepas ini.
“Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang memuji dan mendoakan yang baik-baik buat saya kerana sebelum ini memang jarang saya terima komen yang baik-baik.
“Tapi saya bukan pakai tudung sekarang ini untuk mendapat pujian ataupun memberi harapan kepada orang diluar sana yang saya akan bertudung selama-lamanya.
“Memang saya dah niat pada bulan ramadan saya ingin bertudung. Doakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai persiapan menjelang Syawal tidak lama lagi, bintang asal Sabah itu mengakui lebih mengutamakan persiapan familinya terlebih dahulu.
“Sebenarnya saya tiada buat apa-apa persiapan untuk hari raya yang saya tahu saya hanya buat persiapan untuk famili dan adik-adik saya dulu.
“Saya bukan jenis yang berjalan masa hari raya apa yang saya tahu lepas solat raya saya berehat sahaja,” jelasnya jujur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harga Barang Dijangka Naik 60 Peratus, Mila Jirin Akui Terkesan – “Banyak Pemborong Bahan Asas Ambil Kesempatan.”

Perkhabaran mengenai harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan pastinya meresahkan semua pengguna.
Perkara ini turut sama dirasai usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu berkenaan.
Mila yang mengusahkan perniagaan katering menerusi perkongsiannya di Instagram berkata ada di kalangan pemborong yang sudah mula mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan di atas isu Gaji Minima yang dinaikkan 25 peratus.
“Mohon bantuan daripada pihak kerajaan meneliti dan bertindak bagi isu “Kenaikan Harga Barang Asas” @kpdnhep.
“Bahan asas dijangka naik hingga 60 peratus adalah tidak seimbang.
“Saya juga majikan, dalam satu syarikat bukan keseluruhan pekerja bergaji RM1,200, kurang daripada 5 peratus bergaji RM1,200,” tulisnya.
Menurut Mila, jika dibiarkan pemborong berterusan mengambil kesempatan, selaku pengusaha makanan, Mila berasa berat hati terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan isu semasa yang sedang berlaku pada ketika ini.
“Saya kira jika ini tidak dibendung, pihak-pihak pemborong mula naikkan harga barang asas dan kesemua peniaga yang terlibat dalam industri makanan juga dengan berat hati perlu naikkan harga jualan dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perkembangan perniagaan yang baru mula kencang selepas penutupan (akibat PKP).
“Dan kesan akan terpalit kepada pembeli… Apa guna GAJI MINIMA DINAIKKAN 25 PERATUS DAN KOS KEHIDUPAN NAIK MENCANAK-CANAK?” tulis Mila lagi.
Sekadar informasi, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, mula menceburi bidang seni selepas memenangi program Akademi Fantasia musim kelima pada 2007.
Beberapa tahun selepas itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula memperlahankan karier nyanyian selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan katering dan pengurusan majlis perkahwinan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI