
Pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan JC 2216 telah terhempas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang (setakat berita ini ditulis).
Pesawat itu tergelincir dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara itu, lapor agensi berita Korea Selatan.
Pesawat tersebut yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal itu dilaporkan dalam penerbangan pulang dari Bangkok, Thailand dan kemalangan itu berlaku semasa ia mendarat.
Dua orang ditemui hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan, kata seorang pegawai bomba kepada agensi berita Reuters.
Perkhidmatan kecemasan yang dikerah ke lokasi kemalangan cuba menyelamatkan orang di bahagian ekor pesawat, kata seorang pegawai lapangan terbang.
Setakat ini punca nahas masih belum diketahui, walau bagaimanapun dalam rakaman tidak disahkan yang dimuat naik dan tular di media sosial menunjukkan pesawat mengalami kegagalan gear pendaratan lalu tergelincir dan merempuh tembok.
UPDATE TERKINI: Hanya Dua Terselamat, 179 Dikhuatiri Maut Dalam Nahas Jeju Air
***Berita selanjutnya bakal menyusul
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ameng Pun Setuju…,” – A Aida Sebak Nak Menitis Air Mata Bakal Menantu Serius Mahu Memperisterikan Anak Sulungnya

Penerbit terkenal Datuk A Aida terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 27, bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya Jun depan dan kini sedang dalam persiapan menuju hari bahagia.
Menurut A Aida, dia juga bersyukur kerana bapa Aleesa yang juga penyanyi Ameng Spring turut menyambut hasrat anaknya untuk bergelar raja sehari.
“Bila anak perempuan nak mendirikan rumah tangga, bapa dia mestilah akan jadi walinya. Saya beritahu Aleesa, kamu kena bawa bertemu dengan bapa (Ameng) dan berbincang baik-baik.
“Ameng pun setuju, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Saya minta agar urusan dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Aleesa bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang Zain Azrai Abdul Aziz selepas hampir 10 tahun berkenalan.
“Jodoh anak sulung saya sudah sampai, alhamdulillah. Bulan lalu keluarga belah lelaki sudah masuk merisik. InsyaAllah majlis tunang akan dilangsungkan pada 20 Mei ini dan bernikah pada 15 Julai 2023.
“Mereka sudah lapan tahun bercinta, namun ada ketikanya hubungan itu turun naik. Tapi itulah orang kata kalau sudah jodoh, alhamdulillah akhirnya mereka bakal melangkah ke fasa yang lebih serius,” katanya lagi.
Berkongsi momen indah, A Aida mengakui dia pada awalnya senang melihat anak-anak berjaya dalam dunia pekerjaan terlebih dulu sebelum menempuh alam perkahwinan. Bagaimanapun, dia percaya mengenai soal jodoh.
“Ketika itu hari jadi Aleesa dan saya minta dia jemput teman lelakinya datang sama-sama meraikan kerana saya dengar mereka bercinta kembali. Kemudian saya tanya mengenai sejauhmana hubungan mereka.
“Dalam nada bergurau tanya bila nak berkahwin. Lalu Zain terus cakap kalau saya izinkan dia nak berkahwin secepat mungkin. Ketika itu saya rasa sebak, air mata terus nak meleleh sampai saya ke pusing ke belakang. Minta janganlah air mata ini menitis.
“Saya kalau boleh mahu anak-anak bekerja terlebih dulu, tamatkan pengajian memandangkan Aleesa akan ke Bogor, Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang veterinar.
“Saya beritahu bakal menantu, biarlah Aleesa tamat belajar, buka klinik dan jadi doktor veterinar kemudian bolehlah kalau nak berkahwin.
“Namun katanya, kalau saya izinkan sebelum Aleesa lanjutkan pelajaran dia mahu berkahwin terlebih dulu kerana mahu menjaganya sepanjang empat tahun pengajian di luar negara.
“Sekali lagi saya rasa sebak. Saya setuju dan kami sekeluarga berbincang sebelum capai kata sepakat. Anak saya pun sudah berusia 27 tahun. Tapi saya dua tiga hari jugalah menangis gembira kerana akhirnya anak bakal tamatkan zaman bujang,” katanya lagi.
Selain Aleesa, seorang lagi anaknya Wan Az Evanatassha juga merupakan cahaya mata hasil perkahwinan bersama Ameng sebelum ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Normal Perut Ibu-Ibu Macam Ni, Saya Juga Manusia,” – Disangka Hamil, BCL Sedih Jadi Mangsa Body Shaming

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari akui tertekan selepas menjadi mangsa ejekkan fizikal netizen gara-gara tular fotonya yang dikatakan sedang hamil.
Menurut Bunga, orang luar tidak boleh mengharapkan dia sentiasa tampil kelihatan sempurna setiap masa kerana dia juga merupakan manusia biasa.
“Saya sebenarnya lebih sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa body shaming. Saya pun makan juga macam orang lain. Perut saya tidaklah rata. Normal kalau perut para ibu sebegini.
“Ini adalah perut manusia normal yang suka makan tengah malam. Orang tidak akan faham tentang angle gambar, perut menaik selepas makan atau sedang datang bulan,” katanya kepada MH
Tambah isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair ini lagi, dia sebenarnya mengharapkan orang luar gembira dengan perubahannya itu namun, perkara sebaliknya pula yang berlaku.
“Saya agak sedih sedikit sebab dua atau tiga tahun sebelum ini saya sangat kurus dan hilang banyak berat badan. Sekarang saya masih makan seperti dulu tapi kali ini berat badan saya naik.
“Saya harapkan orang gembira melihat perubahan saya yang kini mungkin nampak lebih segar, gembira dan sihat kerana fasa-fasa sukar itu telah saya lewati.
“Walaupun perjalanannya masih panjang dan banyak lagi yang harus saya tempuhi, sekurang-kurangnya hal-hal berat itu sudah saya harungi. Dalam beberapa bulan lagi umur saya akan cecah 40. Saya bukan 20-an lagi,” kongsinya lagi.
Bunga berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Blossom-Bunga Citra Lestari yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada Rabu.
Bercakap mengenai konsert di Kuala Lumpur, Bunga akui ia bukan keputusan yang mudah memandangkan bandar ini menyimpan seribu satu kenangan bersama arwah suami.
Namun, dia kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia memberanikan diri dan kembali bangkit meneruskan kehidupan.
“Kuala Lumpur merupakan rumah kedua saya. Pada mulanya saya memang agak gementar untuk ke sini. Saya juga ada alami keresahan kerana kini saya kembali ke tempat yang penuh dengan kenangan.
“Daripada tahun 2007 saya berulang-alik ke Kuala Lumpur. Saya yakinkan diri yang kini sudah tiba masanya untuk sberanikan diri kembali ke rumahnya Asyraf.
“Selepas mengharungi detik yang paling sukar, pada konsert ini, saya ingin membuktikan kepada diri sendiri dan orang lain walau sebesar mana badai melanda, kita pasti mampu bangkit kembali.
“Konsert ini bukan sekadar untuk menunjukkan kekuatan tetapi juga penerimaan saya tentang hidup ini tidak akan selalu indah. Kita akan tetap mampu bahagia dengan cara yang berbeza,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Bunga berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Ashraf, 40, meninggal dunia pada 18 Feb 2020, akibat serangan jantung.
Terdahulu, Konser Blossom Bunga Citra Lestari bakal diadakan pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Tiket konsert pula bakal dijual mengikut kategori bermula harga RM258, RM308, RM638, RM838, RM1038 dan RM1238.
Pembelian awal juga boleh dibuat dengan harga yang lebih rendah.
Tiket boleh didapati bermula esok, 11 November ini jam 11.11 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Bintang Aksi Dewasa Ms Puiyi Kini Ingin Dikenali Sebagai Pelakon & DJ Muzik; “Saya Dah Tak Buat Semua Tu…”

Enggan lagi dikaitkan dengan ‘pekerjaannya’ yang terdahulu, pempengaruh Ms Puiyi berkata dia kini ingin memberi fokus dalam bidang seni sebagai pelakon dan juga DJ muzik.
Puiyi atau nama sebenar, Siew Pui Yi, 24, sebelum ini dikenali aktif dalam penghasilan konten di sebuah platform tontonan dewasa sehinggakan jolokan simbol seks sudah melekat pada dirinya yang diberikan oleh segelintir netizen.
“Bagi saya, seseorang yang seksi saya tiada masalah nak mainkan karakter atau peranan diberikan.
“Tapi, kalau dalam platform lain saya dah tak buat semua itu.
“Sekarang fokus saya banyak tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam. Kadang-kadang jadi DJ pun, saya kena beraksi seksi bergantung kepada acara atau festival yang saya terlibat sama,” katanya kepada MH.
Pertama kali melibatkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem sulungnya, Pulau, Puiyi berkata dia sangat gementar menantikan reaksi daripada penonton selepas ia ditayangkan bermula 9 Mac ini.
Membawakan watak Kitty, Puiyi berkata pengalaman terlibat dalam filem itu merupakan sesuatu yang menyeronokkan selain dapat menonjolkan keindahan pulau di Malaysia kepada penonton.
“Sebenarnya saya agak takut dan pada masa sama gemuruh menunggu respons penonton.
“Tapi saya juga tahu yang ramai peminat menanti untuk menonton filem Pulau. Filem ini memang naskhah yang cukup unik menerusi gabungan pelakon daripada pelbagai bangsa selain menonjolkan keindahan pulau yang terdapat di Malaysia,” katanya lagi.
Sekadar info, Puiy merupakan pempengaruh sensasi dalam media sosial bahkan cukup terkenal kerap menghasilkan konten erotik dan mencolok mata.
Pada awal Disember lalu, kekasih kepada pelakon dan pengacara Mark Odea ini telah mengumumkan pengundurannya sebagai bintang aksi dewasa dan memilih untuk melebarkan sayap dalam bidang muzik sebagai seorang DJ di kelab malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI