Pesawat Jeju Air dengan nombor penerbangan JC 2216 telah terhempas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang (setakat berita ini ditulis).
Pesawat itu tergelincir dari landasan dan merempuh tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara itu, lapor agensi berita Korea Selatan.
Pesawat tersebut yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal itu dilaporkan dalam penerbangan pulang dari Bangkok, Thailand dan kemalangan itu berlaku semasa ia mendarat.
Dua orang ditemui hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan, kata seorang pegawai bomba kepada agensi berita Reuters.
Perkhidmatan kecemasan yang dikerah ke lokasi kemalangan cuba menyelamatkan orang di bahagian ekor pesawat, kata seorang pegawai lapangan terbang.
Setakat ini punca nahas masih belum diketahui, walau bagaimanapun dalam rakaman tidak disahkan yang dimuat naik dan tular di media sosial menunjukkan pesawat mengalami kegagalan gear pendaratan lalu tergelincir dan merempuh tembok.
UPDATE TERKINI: Hanya Dua Terselamat, 179 Dikhuatiri Maut Dalam Nahas Jeju Air
***Berita selanjutnya bakal menyusul
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan