Pelakon Hollywood, Christian Oliver,51, telah dilaporkan maut setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Carribean.
Turut terkorban dalam kejadian malang tersebut ialah dua anak perempuannya, Madita dan Annik masing-masing berusia 10 dan 12 tahun serta juruterbang yang dikenali sebagai Robert Sachs.
Menurut laporan dan rakaman video orang awam yang berada di pesisir pantai, pesawat yang dinaiki aktor tersebut berada dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.
Ads
Punca kejadian tersebut belum lagi diketahui dan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa.
Pesawat ringan itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines pada petang Khamis.
Chritian bersama dua anaknya itu dikatakan menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia apabila ia terhempas.
Ads
Pelakon berketurunan Jerman ini sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan dan antara karya lakonannya yang popular seperti Speed Racer dan Valkyrie.
Baru-baru ini dia turut terlibat dalam filem terbaharu francais Indiana Jones.
Ads
Christian sebelum ini berkahwin dengan Jessica Munoz sebelum bercerai pada 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Hari ini buka 12 malam. Sebab semalam berlakunya satu perselisihan faham dengan orang tempatan.
“Mungkin banyak yang kena ku sabar
dan kebanyakan di Spain masih tak faham tentang puasa. Kadang-kala susah nak terangkan dalam masa yang singkat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh bekas Ratu Cantik Negara 2018 itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
Dr. Soo turut menambah, Ramadan pada tahun ini banyak mengajarnya erti kesabaran dan mendalami perasaan-perasaan anak-anak perantauan yang terpaksa berpuasa di negeri orang.
“Jadi ku tunggu semua tidur barulah
ku pergi masak dan buka. Sabar, satu dugaan buat ku untuk puasa ku yang tahun 10 😉
“Sekarang ku betol faham perasaan semua umat Islam yg puasa Kat negara orang lain , amiin,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut memberikan kata-kata semangat buat Dr. Soo.
“Such an inspiration. You’re amazing doktor,” komen seorang individu.
“Dugaan semua tu, keep strong,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
“Ujian dan dugaan untuk orang berpuasa,” katanya seorang individu.
Sumber: Instagram Dr. Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peluang mengembara ke Tokyo, Jepun merupakan satu pengalaman yang tidak dilupakan. Pertama kali menjejak ke negara matahari terbit ini membuka satu dimensi baharu sebuah perspektif yang akan terus terpahat di memori penulis.
Musim luruh meniupkan bayu segar sesekali menghembus kesejukan yang mengigit ke tulang, ditambah pula dengan pemandangan nan indah, cukup mengasyikkan! Selingan rekaan antara bangunan dan flora yang menghiasi segenap sudut bersatu rapi bagaikan kanvas hidup.
Biarpun hanya meluangkan masa di ibu negara Jepun ini selama empat hari tiga malam, selain keindahan, pengalaman di sini cukup memberikan gambaran disiplin dan etika positif yang menjadikan masyarakat negara ini maju ke hadapan dalam setiap segi.
Dari segi ketepatan waktu, tata susila, pertumbuhan teknologi sehinggalah usaha masyarakatnya dalam berganding bahu menjaga persekitaran, semuanya cukup memberikan inspirasi.
Persekitaran Bersih & Mendamaikan
Saat berkunjung ke Shibuya, Ginza, Ueno dan Shinjuku, perkara yang menarik perhatian semestinya suasana bebas asap oleh masyarakatnya. Tiada yang merokok secara terbuka dan mengembuskan asap membuta tuli (kalau ada pun mereka adalah pelancong asing yang tidak faham budaya dan peraturan setempat!).
Dek kerana itu, persekitaran menjadi lebih bersih dan semestinya udara yang dihirup segar dan saujana mata memandang tanpa sebarang pencemaran. Bayangkanlah tiada sampah berselerakan atau puntung-puntung rokok yang mencacatkan suasana, cukup mendamaikan.
Larangan tersebut bukanlah bermakna langsung tidak boleh melepaskan keinginan tersebut. Sesetengah ruang awam dan restoran menyediakan sudut khas untuk mereka yang menggunakan produk berasaskan tembakau agar tidak menganggu keselesaan individu lain.
Walaupun begitu ruangan tersebut bukanlah untuk pengguna rokok tradisional tetapi khas untuk pengguna peranti produk alternatif bebas asap yang tidak menghasilkan asap dan tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Kebiasaannya, di bahagian pintu restoran atau ruang awam terdapat pelekat logo menandakan penggunaan peranti tersebut di dalam premis berkenaan adalah dibenarkan.
Pilihan Peranti Alternatif Bebas Asap
Tertarik dengan suasana bebas asap ini, seperti yang dikongsikan kepada penulis, usaha untuk mengubah mentaliti masyarakat bukanlah mudah. Sebaliknya ia mengambil masa yang cukup lama untuk mendidik dan memperkenalkan peranti alternatif bebas asap.
Kini, penggunaan peranti tersebut sudah menjadi pilihan ramai di Jepun. Antaranya jenama popular seperti IQOS yang menjadi peneraju kepada adaptasi kehidupan bebas asap yang memacu persekitaran lebih bersih dan hijau.
Kini mencapai ulang tahun kesepuluh, peranti tersebut yang mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 2014 mengambil pendekatan inovatif dengan menggunakan teknologi pemanasan tanpa pembakaran.
Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan risiko kesihatan yang sering dikaitkan dengan merokok, tetapi juga memberikan pengalaman yang lebih menyenangkan tanpa bau yang melekat, sekaligus tidak mengganggu persekitaran.
Sedekad sejak pelancarannya, IQOS telah berjaya mengurangkan bilangan perokok tradisional dengan ketara, sekaligus memberikan pilihan yang lebih baik kepada mereka yang mahu mengurangkan tabiat merokok.
Membentuk Komuniti Global
Meraikan kejayaan mengurangkan penggunaan rokok tradisional, jenama IQOS telah menganjurkan IQOS Together X Sensorium sempena ulang tahun kesepuluh jenama tersebut pada 19 Oktober 2024. Pengamal media dan pengguna bertuah dari seluruh dunia diterbangkan khas ke acara ini.
Lokasi acara yang dibina khas memberikan pengalaman sensori yang cukup mengasyikkan yang menjadi satu simbolik kepada perubahan gaya hidup yang lebih bermakna serta kepuasan dalam capaian kualiti persekitaran
Presiden Phillip Morris Japan Ltd, Shea Lih Goh memberi ucaptama kepada pihak media dalam satu sesi ringkas menjelaskan tentang visi dan misi serta pencapaian jenama tersebut dalam membangunkan persekitaran komuniti global yang lebih positif.
“Kami berbesar hati menyaksikan pertumbuhan jumlah pengguna dari Jepun dan pasaran lain di seluruh dunia. Kami mengagumi keputusan mereka untuk meninggalkan rokok dan memilih alternatif yang lebih baik.
“Kami ingin mengingatkan mereka bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti global yang semakin berkembang, yang membawa kemajuan penting untuk diri mereka sendiri, orang yang mereka sayangi dan kesihatan awam,” ujarnya.
Seiring dengan mesej untuk mencapai mesej kepada komuniti global, IQOS berkerjasama dengan penerbit muzik dan DJ terkenal antarabangsa, Steve Aoki bagi menyampaikan mesej bebas asap kepada komuniti global dengan lebih meluas.
Apa yang menarik mengenai pemilihan Steve, dia bukanlah seorang perokok mahupun pengguna peranti alternatif bebas asap. Sebaliknya, penglibatannya menerusi kolaborasi tersebut menjadi satu wadah untuk mencapai masa depan bebas asap.
“Saya dapati visi IQOS sangat progresif, inovatif, dan benar-benar memberi inspirasi,” kongsinya.
Selain meminjamkan namanya dalam usaha mengajak masyarakat global ke arah kehidupan bebas asap. Jejaka berusia 46 tahun ini turut mencurahkan kreativitinya ke dalam produk IQOS x Steve Aoki, selain penghasilan rekaan pada peranti dia turut mereka helaian jaket yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!