Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia, di Hospital Putrajaya.
Sandra yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Berita mengenai kematian bintang berusia 26 tahun itu dimaklumkan penyanyi Usop yang juga salah seorang peserta program realiti berkenaan pada pagi Jumaat menerusi Instagram.
“Asalammualiakum semua…tolong sedekahkan al fatihah untuk sahabat seperjuangan saya.
Ads
“Kini telah pulang keramatullah. Sandra rehat k. AlFatihah,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada posting berkenaan, para peminat serta rakan selebriti yang masih lagi terkejut dengan berita berkenaan menitipkan ucapan takziah serta sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah.
Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan bagi menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi lagenda, Datuk M Nasir menyifatkan kerjaya seninya merupakan satu perjalanan yang sangat indah meskipun harus melalui pelbagai onak dan duri.
Kata M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada ditahap sekarang.
“Perjalanan seni saya ada naik dan turun. Ia bergelombak. Perjalanan secara keseluruhan itu memang indah kerana ia ciptaan Tuhan.
“Dalam sengsara pun ada keindahannya. Ada banyak drama yang harus saya tempuhi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Buat Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA’ yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Katanya lagi, sepanjang 45 tahun dalam bidang seni, rasa susah dan jatuh itu hanyalah satu fasa yang harus dilalui sahaja.
“Namun, saya bukan sejenis yang suka menunjuk apa yang saya lalui. Saya bukan macam segelintir orang, kalau sakit sikit, kena bagitahu semua.
“Saya selalu disokong oleh kawan-kawan. Jadi, segala kesusahan itu tidak saya rasakan sangat. Bercakap fasal sukar, kita kena tahu hadulu erti sukar yang dimaksudkan.
“Pada saya cabaran itu menyeronokkan. Ia umpama sebuah perjalanan roller coaster yang menyeronokkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini juga akui dirinya pernah berputus asa dengan bidang seni kerana industri tempatan tidak menunjukkan kematangan yang diharapkan.
“Ada juga fasa yang saya rasa ingin berputus asa tapi saya tak ambil berat sangat perasaan itu. Selalunya berlaku bila kita buat sesuatu tapi tidak menjadi.
“Saya melihat dunia hiburan ini tidak kesampaian seperti apa yang saya cita-citakan. Ia tumbuh tapi tidak cantik. Rasa hormat kepada kita pun kurang.
“Saya merasakan perkara itu sejak dipertengahan kerjaya. Bila melihat industri seni di Korea Selatan, dulu kita berjuang bersama-sama tapi sekarang mereka capai ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Kita yang dulu sama-sama berjuang, ada banyak hal yang menghambat kita. Sebab itu kita tak sampai-sampai lagi ke tahap itu,” ulasnya lagi.
Sementara itu, M Nasir turut merasakan dirinya bertuah kerana dikurniakan bakat untuk menghasilkan lagu-lagu yang disukai ramai.
“Bila melihat kepada kerjaya saya, saya rasa nasib saya ini baik. Saya berpeluang mencipta banyak lagu. Saya juga buat banyak lagu-lagu hits berbanding orang lain.
“Mungkin ini kejayaan yang orang luar lihat. Namun, kalau kita lihat karya P. Ramlee, dia hanya membuat 200 lagu sahaja tapi namanya tidak dapat dilupakan.
“Saya kena buat 3000 lagu untuk cuba sampai ke tahap itu. Antara faktornya kerana dunia sudah berubah dan industri kita sudah jadi komersial,” akhirinya.
Terdahulu, konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA anjuran Icon Entertainment itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Konsert berdurasi lebih dua jam itu bakal menyaksikan komposer bergelar sifu itu menterjmahkan perjalanan seni selama lebih empat dekad menerusi nyanyian, lakonan dan seni lukis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebaik-baik lidah adalah yang hanya berbicara soal kebaikan dan atas sebab itu, pelakon Abby Abadi berkongsi pedoman agar umat manusia tidak meninggalkan dunia dalam kerugian.
Bintang Gerak Khas itu ada berkongsi kata-kata daripada Sufyan Ats Tsauri yang memaklumkan secara ringkasnya, dosa antara manusia walau hanya sekadar satu perbuatan cukup berat untuk dibawa selepas kematian berbanding dosa kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun.
“Sufyan Ats Tsauri rahimamullah berkata “ Seandainya engkau bertemu Allah dengan membawa 70 dosa yang ada kaitannya antara engkau dan Allah, maka itu lebih ringan buatmu daripada engkau bertemu Allah dengan membawa 1 dosa yang ada kaitannya antara engkau dengan seorang hamba.” Thanbihul Ghofilun karya sammargondi hal.380,” kongsinya.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.