
Buat pengetahuan semua, sekarang Pencarian Hero Remaja yang dibawa khas oleh Majalah Remaja sedang berlangsung.
Namun belum apa-apa lagi salah seorang peserta, Aiman Zaim yang terlibat dalam pencarian ini telah tarik diri. Mengapa?
MH Online dapatkan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri apakah yang membuatkan dia menarik diri daripada pertandingan tersebut.
“Sebenarnya saya mendapat tawaran menunaikan haji pada saat terakhir, jadi bagi saya tawaran ini bukanlah tawaran untuk kita dapat tetapi untuk membuat keputusan tu memang agak berat. Kalau boleh saya memang mahukan kedua-duanya sekali tetapi kita tidak boleh tamak, jadi saya pilih yang terbaik iaitu menunaikan haji.
“Alhamdulillah kini saya masih di sini dan sudah boleh terima kenyataan , Insya-Allah ada rezeki lain nanti,” jelasnya kepada MH Online.
Aiman juga memberitahu sehingga kini dia masih ada perasaan tidak mahu berpisah dengan peserta-peserta yang lain kerana sudah menganggap mereka sebahagian daripada ahli keluarganya tetapi tetap bersyukur kerana semuanya masih dalam keadaan terkawal dan dia sangat tenang di Kota Suci Mekah.
Walaupun Aiman tidak lagi menyertai pertandingan Hero Remaja, dia tetap tidak ketinggalan melakukan tugasan terakhirnya melakukan lip sync ketika di Mekah. Memang terbaik dan pasti akan buatkan sesiapa yang menonton tersentuh.
Dalam masa yang sama, MH Online juga tidak ketinggalan mendapatkan penjelasan daripada editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkenaan dengan isu ini.
“ Tentang Aiman Zaim, dia tidaklah tarik diri atau dibuang, tetapi kami menganggap dia tidak boleh memberi komitmen atas hal keluarga yang tidak boleh dielakkan.
“ Benar, Aiman telah ke Tanah Suci Mekah pada 23 Julai yang lalu, dia di sana selama tiga minggu,” jelasnya pada pihak MH Online.
Malah, Faiz memberitahu Aiman ada menghubunginya dan bertanyakan apakah solusi terbaik buatnya. Setelah berbincang dengan pihak atasan, mereka sebulat suara mengatakan Aiman tidak akan dianggap sebagai menarik diri mahupun tersingkir. Sebaliknya dia hanya tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya pada aktiviti kami.
“Aiman ada hubungi pihak kami sewaktu musim perayaan dan memberitahu apa yang terjadi sebenarnya, malah dia turut bertanya apakah jalan penyelesaian terbaik untuknya.
“Setelah berbincang dengan pihak atasan kami membuat keputusan untuk mengatakan dia tidak boleh memberi komitmen bukannya tarik diri ataupun terkeluar,” jelasnya lagi.
Tak apa lah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Siapa tahu mungkin nanti akan ada penyerapan peserta semula kan? Apa pon MH Online doakan yang baik-baik buat Aiman yang ada di sana.
So buat kamu semua yang ingin mengetahu perjalanan Hero Remaja 2017 dengan lebih lanjut boleh lah ke instagram rasmi Majalah Remaja dan Pencarian Hero Remaja (letak link)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI