Hiburan

“Peserta Kena Berani Bincang Dengan Stylist…,”- Wardrobe Bintang RTM 2024 Dikritik ‘Outdated’, Ini Komen Bekas Juara

Share

Meskipun mendapat pujian kerana berjaya mengumpulkan penyanyi-penyanyi berbakat daripada seluruh pelusuk negara namun, program realiti, Bintang RTM 2024 turut tidak terlepas daripada kritikan netizen.

Bakal memasuki minggu ke-5, rata-rata netizen merasakan pemakaian para peserta perlu ditambah baik kerana fesyen mereka dikatakan agak ketinggalan.

Mengulas mengenai isu tersebut, juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet berpandangan, para peserta harus lebih berani untuk berbincang dengan team wardrobe mengenai busana yang sesuai.

“Kita sudah memasuki tahun 2024, sebagai alumni, saya merasakan setiap peserta perlu lebih berani berkomunikasi dengan team wardrobe untuk berkongsing pendapat.

“Mereka sendiri tahu apa yang terlihat cantik atau bagus ketika di atas pentas. Namun, para peserta harus gunakan pendekatan terbaik agar tidak menyinggung perasaan team wardrobe,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, penyanyi lagu Ku Cuba ini turut mengingatkan para peserta untuk membuat persediaan awal mengenai pemakaian mereka bagi memudahkan urusan semua pihak.

“Ketika menjadi peserta dahulu, saya juga sering berikan pendapat mengenai pemakaian saya. Pada akhirnya, kita nak menyanyi di atas pentas dalam keadaan yakin. Jadi, pakaian memainkan peranan.

“Kalau rasa pakaian itu tak kena, cakap sahaja dengan mereka. Alhamdulillah, mereka terima pandangan saya.

“Ketika bertanding dahulu, saya juga ada membawa wardrobe sendiri. Kalau perlukan apa-apa, bagitahulah lebih awal dan bukan saat akhir,” ujarnya lagi.

Hariz berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan drama Menanti Senja episod 12 yang berlansung pada Selasa.

Dalam pada itu, Hariz turut menasihati para pendatang baharu untuk mencari insiatif sendiri demi menjaga imej sebagai anak seni.

“Sejak 2018 sehingga sekarang, saya banyak mencari pakaian sendiri. Kalau kita ada syarikat rakaman sekalipun, kita tak boleh mengharapkan mereka seratus peratus.

“Mereka juga ada artis lain yang perlu diuruskan. Kita kena pandai berdikari dan jalin hubungan baik dengan pereka fesyen.

“Saya juga ada mengeluarkan duit sendiri untuk menggunakan khidmat stylist atau beli baju sendiri,” katanya lagi.

Bercakap mengenai single terbaharunya yang berjudul Sinar Sunyi, Hariz akui amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu daripada komposer tersohor, Omar K.

Menurut Hariz lagi, lagu runut bunyi bagi drama Menanti Senja ini turut mendapat respon positif daripada penonton.

“Sepanjang karier saya, ini merupakan single ke-11. Saya mendapat demo lagu ini pada dua hari sebelum proses rakaman. Pertama kali mendengar lagu ini, saya suka.

“Saya memang dah lama nak bekerja dengan komposer lagenda, Omar K. Saya sangat teruja dan cuba berikan interpretasi yang terbaik untuk lagu ini.

“Sambutannya sangat positif. Penonton drama ini juga boleh relate dengan lagu ini. Mereka dapat rasa emosi yang cuba saya sampaikan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf