Rezeki tidak menyebelahi Mazleela malam tadi apabila namanya diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pada konsert berkenaan, Mazleela atau nama sebenarnya, Mazlila Mazlan mempersembahan lagu asal nyanyian Ramlah Ram, Apa Khabarmu Di Sana mendapat markah terendah daripada juri profesional.
Berkongsi rasa apabila dirinya gagal mara ke peringkat seterusnya, bintang berusia 47 tahun ini akui ralat kerana tidak berjaya memuaskan hati para juri profesional.
Mazleela bagaimanapun reda dan menyifatkan rezeki masih terbuka luas buatnya meski tidak lagi bersaing dalam program berkenaan.
“Ada banyak faktor, salah satunya ialah saya tidak mampu untuk mendengar audio yang tidak begitu jelas, sama seperti minggu lalu. Ia secara tak langsung mengganggu. Muzik okay akan tetapi ia tidak jelas.
Ads
“Mungkin kerana saya tidak terbiasa kerana sebelum ini saya hanya melihat monitor di hadapan pentas. Jadi bila ia berlaku, macam ada gangguan sedikitlah, saya sukar untuk imbangkan antara muzik serta vokal” katanya kepada MH.
Ads
Menyifatkan keputusan pada malam ini sebagai adat dalam pertandingan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Tabah ini juga turut berbesar hati kerana diberi ruang kembali memeriahkan dunia seni.
“Kalau tak ada rasa kecewa, tipulah namanya. Mestilah ada rasa ralat. Cuma saya tak nak fikir rasa hampa atau kecewa sebab ini adat pertandingan.
Ads
“Minggu hadapan pun akan ada penyingkiran. Jadi kena ada sikap terbuka dan reda,” jelas Mazleela yang optimis dan percaya rezeki.
“Yang pasti, GV6 platform yang besar bagi diri saya sebab program ini impaknya kuat. Jadi boleh perkenalkan nama kita kembali dalam industri selepas lebih 20 tahun tak menyanyi di pentas yang besar. Rasa ‘wow’ dan alhamdulillah.
“Malah ketika hadiri uji bakat, saya datang untuk suka-suka dan tidak mahu terlalu serius. Bila berjaya dan dapat panggilan, saya rasa berbesar hati kerana terpilih,” ceritanya lagi.
GV6 yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetapi sementara Datin Paduka Julie Sudiro diundang sebagai juri jemputan minggu kedua.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berikutan tersebarnya wajah kekasih Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E di laman sosial baru-baru ini, Ruhainies menerusi Insta Story secara sinis memuat naik perbualan bersama peminat yang menghormati pendiriannya untuk tidak berkongsi wajah kekasih.
Dia turut mengucapkan penghargaan di atas tindakan individu tersebut.
“Terima kasih kerana memahami. Saya suka orang seperti awak. Tahu menghormati privasi orang lain. Semoga awak pun gembira dengan hidup,” balasnya.
Baru-baru ini, foto Mr E atau lebih dikenali sebagai Elf Johan yang difahamkan diambil daripada sebuah majlis tersebar di laman sosial.
Elf merupakan seorang ahli perniagaan yang kini menetap di London dan mempunyai rangkaian perniagaan butik di sana.
Foto : Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang mengisi masa dengan bercuti di Osaka, Jepun, penampilan terkini pelakon Wan Sharmila mulai menjadi tumpuan peminat.
Apa tidaknya, bintang drama Kau Yang Pertama itu dilihat berkongsi momen istimewa sepanjang berada di Negara Matahari Terbit itu dengan berpenampilan sopan menutup aurat.
Malah, semua foto serta video yang dirakamnya di sana memperlihatkan bintang berusia mengenakan hijab penuh.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah selain ramai yang memuji dirinya tampak lebih sopan mengenakan tudung.
Terdahulu, Wan Sharmila baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Oktober alu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan dibuat tuan punya badan berkenaan dengan penampilan terkininya itu.
Foto: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan bulan Ramadan yang sudah memasuki minggu kedua ini, usahawan Safiey Illias berkesempatan berbuka puasa bersama keluargadi kampung halaman, Pahang.
Selain itu, hari ini juga merupakan ulang tahun hari jadi Safiey atau mesra disapa Syinta yang ke-25 tahun.
“Mcm ni lah bila berkumpul ramai2 adik beradik . Nasib buntat tak ada kalau tak laju syinta menyakat . .
“Alhamdulillah malam ni syinta genap 25 tahun . 19/5/1994 tahun lahir syinta
“Happynya dpt berkumpul ramai-ramai.. Dulu syinta suka abaikan keluarga . Hampir 2 tahun .
“Tp x apa , setiap org melakukan kesilapan , yg penting kita cepat sedar kesilapan kita,” tulis Safiey yang popular dengan lagu Syinta Gila.
Dalam pada itu, Safiey bersyukur diatas nikmat yang diberikan Allah kepadanya.
“Happy birthday to me yang ke 25 . Semoga segala apa yg syinta hajat dan impikan menjadi kenyataan . Amin amin . Terima kasih kepada yang wish birthday kepada syinta dan sentiasa doakan syinta,”tulisnya lagi.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...