Usahawan Watie Hanifiah memuat naik foto terkininya di Instagram yang menjadi sorotan warganet, semalam.
Menerusi hantaran yang dikongsikan, Watie yang mengenakan persalinan serba hitam dipercayai sedang mengikuti kurus kahwin.
Bagaimanapun, temannya yang juga pelawak dan penyampai radio Shuib pula tiada di dalam gambar.
“Peserta tertua. Takpelah kata orang, yang lambat tu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat.
“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat… Eh!,” seloroh Watie pada ruangan kapsyen disusuli hashtag #sabarituindah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut tumpang gembira sekaligus menitipkan ucapan tahniah kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, wanita berusia 35 tahun ini juga turut berkongsi sijil kursus yang telah dijalani.
Imbas kembali, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda, bulan lalu.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Bintang itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini