Pesta Sambal Anjuran MKWN & PGDM Himpun Artis, Kumpul Dana Bagi Golongan Memerlukan

Share

Bagi membantu institusi kebajikan dan golongan asnaf yang memerlukan, Pertubuhan Majlis Kebudayaan dan Warisan Nusantara (MKWN) akan menganjurkan Pesta Citarasa Sambal di Jakarta, Indonesia pada 17, 18, dan 19 Ogos depan.

MKWN bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) serta Persatuan Seni Warisan Digital Malaysia (SWA TV) bagi tujuan tersebut yang turut melibatkan selebriti seperti Ayu Damit.

Pengerusi PGDM, Datin Seri Harnie Mohamed berkata selain pesta sambal, pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk sesi High Tea bersama usahawan-usahawan tempatan dan luar negara bagi tujuan kebajikan.

“MKWN juga sedang merancang untuk mengadakan program ‘High Tea’ untuk usahawan-usahawan Indonesia di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun ini dan program ‘Minum Petang’ untuk usahawan-usahawan Bangladesh di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun hadapan.

“MKWN sedang merangka beberapa program yang di rasakan dapat menyemarakkan semangat silatulrahim dan peluang perniagaan berdaya maju nusantara yang berbentuk penerokaan peluang-peluang pemasaran produk ahli-ahli rangkaian ‘Strategik Partner’ seperti pameran hasil usaha produk-pruduk pertanian dan karangkraf yang dirancangkan mahu dianjurkan di Malaysia dan Indonesia sekitar suku ketiga tahun hadapan dan di Indonesia pada hujung tahun 2025 dengan penyertaan pempamer dari Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan,” katanya.

Dalam pada itu, pada 18 Mac ini, MKWN dan PGDM akan mengadakan acara PGDM Annual Digital Award 2022 berbentuk penganugerahan tahunan kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negara yang sedang membina profil mereka dalam bidang perniagaan.

“Anugerah pengiktirafan juga akan diberi kepada badan-badan kerajaan tempatan dan badan-badan penyiaran yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar