Kini sedang tular sebuah rakaman video seorang kanak-kanak perempuan yang sangat petah memberi nasihat untuk solat lima waktu.

Video yang diterima melalui aplikasi Whatsapp ini merakamkan, adik ini petah memberikan nasihat jika kita solat maka hati kita akan gembira namun jika kita tidak solat ALLAh SWT tidak akan membuka hati kita dan kita akan bersedih.

“Awak kena ambil wuduk dan solat lima waktu sehari. Kalau awak tak solat lima hari sekali nanti awak akan bersedih kerana ALLAH tidak akan bersama dengan awak dan ALLAH juga tidak akan membuka hati awak.

 

“ALLAH tidak akan meletakkan perkara baik dalam hati awak tapi ALLAH akan letakkan perkara yang kurang baik di hati awak sebab syaitan akan mengganggu awak jika awak tidak solat. Jadi sebab itulah awak kena solat,” ujarnya dalam rakaman video tersebut.

Jom kita tengok video adik comel ini memberikan nasihat.

Ads

Ads

Sudahlah comel dan pandai berkata-kata seperti orang dewasa malah adik ini juga lancar bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Ads

Didikan seperti inilah yang harus diberikan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi agar nilai-nilai murni agama itu dapat diterapkan dalam diri mereka dan menjadi amalan mereka sampai bila-bila.

Sedikit info, lima cara mendidik anak solat dari kecil:

  • Selalu solat depan anak.
  • Ajak anak solat bersama, bukan menyuruh.
  • Sentiasa dekatkan anak dengan azan.
  • Bersalaman dan peluk selepas solat.
  • Beri pujian untuk setiap perkara positif.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI