Penyanyi Ayu Damit mendedahkan dia ada mengalami kesan sampingan setelah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca pada 6 Jun lalu ini di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Menurut Ayu, 32, turut sama menerima vaksin pada hari tersebut ialah suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin.
Kata Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, dia mengalami muntah-muntah dan badannya menggigil kesejukan selepas beberapa jam menerimanya.
“Saya dan suami menerima vaksin dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
“Selepas vaksin saya tak rasa apa-apa. Cuma bila dah lewat petang, tiba-tiba badan saya menggigil kesejukan.
Ads
“Kemudian, pada malamnya saya demam, muntah-muntah dan degupan jantung jadi laju. Migrain saya pun datang balik sebab badan rasa panas pula.
“Jadi saya telan ubat panadol bagi meredakan rasa sakit itu. Saya ingat mahu ke klinik, tapi keesokannya keadaan itu sudah berkurangan,” kata Ayu.
Dia bagaimanapun menganggap ia hanyalah kesan sampingan itu perkara biasa memandangkan perkara tersebut telah diketahui awal.
Ads
Sementara itu, suaminya pula tidak mengalami apa-apa kesan sampingan selepas divaksin.
“Bagi saya, setiap orang mempunyai reaksi badan yang berbeza-beza setelah divaksin. Sebab suami saya okey saja dan tidak mengalami apa-apa kesan setelah divaksin.
Ads
“Sebelum menerima vaksin, saya ada juga terbaca macam-macam kesan yang diterima oleh penerima vaksin. Namun, semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing dan itu hanya sementara.
“Kepada masyarakat yang belum menerima vaksin, tunggulah waktunya akan tiba. Jalankanlah tanggungjawab kita dalam usaha menerangi COVID-19.
“Rajin-rajinlah buka aplikasi MySejahtera kerana disitulah semua perkara tentang vaksinasi akan diumumkan,” kata bintang yang baru sahaja muncul menerusi single terbaru berjudul Permata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang kini terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan adik Bilal.
“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.
“Doakan ya semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.
“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.
“Saya mohon sangat kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya.
Perkongsian Syamsul itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikutnya yang sedih dan terkesan melihat penderitaan Bilal.
Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).
Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak mereka.
Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.
Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.
“Dia seorang aktor yang bijak.” Demkian kata aktres senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy apabila ditanya mengenai pemilihan pelakon, Gibran Agi yang turut terlibat di dalam pementasan teater terbaharu, Di Sebalik Topeng.
Nakshah ini bakal dipentaskan pada 19 dan 20 Okterber depan jam 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP, Kluala Lumpur.
Menurut Ogy, dia nama pelakon tersebut telah dicadangkan oleh salah seorang krew produksi setelah beberapa pelakon lain tidak dapat memainkan peranan tersebut atas alasan tertentu.
“Ada beberapa aktor yang tidak perlu saya namakan untuk memegang watak ini, namun mereka tidak dapat menerima tawaran terbabit atas kekangan masa dan komitmen seni lain.
“Lalu Azhar Jalil bertanyakan kepada saya, sama ada saya mengenali pelakon bernama Gibran Agi atai tidak. Saya cakap sudah tentu saya mengenali dan pernah menonton lakonannya sebelum ini.
“Saya terus hubungi dan bagi saya dia seorang aktor yang bijak. Kerana untuk memainkan watak kaunselor itu sendiri pun tidak mudah untuk dibawa.
“Dia juga mempunyai ‘rasa’ dalam lakonan. Kalau ‘intelligent’ semata-mata tanpa ada ‘rasa’ pun tak boleh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Teater Di Sebalik Topeng di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ogy turut bersyukur apabila pelakon tersebut sudi untuk bekerjasama untuk pementasan teater berkenaan.
“Dia terperanjat apabila saya menawarkan watak tersebut. Saya kata, saya mahukan dia sebab sudah lama hidang dari ‘radar’, buatlah kemunculan semula. Kita memerlukan aktor sepertinya dalam dunia seni kita.
“Jadi bila skrip sudah disiapkan dan berikan kepadanya, dia terus setuju. Watak itu memang mencabar. Sesuatu akan berlaku yang tidak akan dijangka di dalam penceritaan teater ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd mempersembahkan pementasan teater Di Sebalik Topeng yang mengangkat tema kesihatan mental dan penebusan diri.
Tambah Ogy lagi, teater ini adalah satu refleksi tentang cabaran kehidupan yang sering dihadapi oleh ramai individu dalam masyarakat hari ini.
“Bukan sekadar hiburan, ia adalah satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
“Setiap watak yang dipersembahkan dalam Di Sebalik Topeng melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami.
“Teater ini bakal membawa penonton menyelami kisah seorang wanita yang bergelut dengan masalah kesihatan mental yang mendapati dirinya terperangkap dalam konflik emosi yang mendalam.
“Melalui sesi terapi kumpulan, wanita ini tidak bersendirian, tetapi ditemani oleh beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan beban hidup masing-masing,” katanya.
Diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin, teater ini menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan untuk menyingkap kisah setiap watak yang penuh dengan rahsia.
Dalam terapi tersebut, topeng-topeng yang dipakai oleh setiap individu mulai tertanggal, mendedahkan perasaan dan pengalaman yang telah lama terpendam.
Fauziah turut menekankan bahawa pementasan ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi kerana ia sering dianggap tabu.
Tetapi melalui teater ini, penonton akan diingatkan mengenai kesakitan emosi sebagai sebahagian daripada kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
Selain Ogy dan Gibran Agi, pementasan teater ini juga turut menampilkan Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, dan Ard Omar.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan informasi mengenai teater ini boleh dirujuk menerusi laman web akaun media sosial berkaitan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas namanya diperkatakan ramai susulan kejayaan drama bersiri Melur Untuk Firdaus baru-baru ini, Meerqeen sekali lagi menerima perhatian apabila bintang muda itu menerima pencalonan 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022).
Menjadi calon tunggal lelaki dari Malaysia, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menerima pencalonan berkenaan daripada media antarabangsa, TC Candler.
Perkara sama turut dikongsikan laman berkenaan menerusi satu ciapan di Twitter tiga hari lalu.
“Tahniah kepada empat calon ini kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!,” kapsyen yang tertera.
Melihat senarai, TC Candler ada memuat naik tiga lagi foto calon yang tersenarai termasuk Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.
Untuk kempen tahun ini, namanya turut berada sebaris dengan bintang popular dunia lainnya seperti Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki, RM BTS, Hrithik Roshan dan ramai lagi.
Yayasan Nasional Prihatin (Prihatin) terus komited dalam usaha kebajikan dengan menyalurkan sumbangan bernilai RM1.5 juta kepada 16,000 penerima menerusi siri Kembara Madani Ramadan tahun...