Penyanyi Lan Solo berkongsi berita cemas apabila peti suaranya mengalami pendarahan.
Kongsi penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini, dia sudah mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengadakan persembahan malam tadi.
“Doc kata peti suara kiri dah berdarah. Peti kanan bengkak dan tunggu masa utk berdarah jugak.
“Dlm masa 10 hari ni kalau LS masih guna vocal vord heavily, boleh menyebabkan urat tekak putus. Ok2 xpa.. Allah ada.. kita cuba!
“Tapi nak say sori awal2 kalau hari ni tak jawab fon call, tak bercakap bila jumpa di mana2.
“LS cuma perlu rehatkan peti suara buat seketika. Doakan LS ya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by LAN SOLO 🇲🇾 (@lansolo_official) on
Sementara itu, netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpa Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohd Yusof.
Terdahulu, Lan mengadakan konsert mininya di Sabah malam tadi.
Video: Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sama Cantik Sama Padan, Ini Sekitar Indah Majlis Resepsi Syida Melvin dan Syafiq Shaheen. Meriahnya!
Bagai pinang dibelah dua. Itu perumpamaan itu sesuai digambarkan buat pasangan Syida Melvin dan suaminya, Syafiq Shaheen.
Pasangan pengantin baru itu telah mengadakan majlis resepsi di Hotel Istana Kuala Lumpur malam tadi.
Syafiq tampil segak mengenakan sut berwarna hitam,manakala Syida pula tampak anggun dengan gaun berwarna pink pastel.
Dalam pada itu, adik kepada Syatilla Melvin ini juga ada mengenakan tiga jenis busana berbeza bagi setiap majlis terdahulu iaitu, majlis pernikahan, majlis persandingan dan malam ‘Bollywood’.
View this post on InstagramA post shared by Syida Melvin ? (@syidamelvin) on
View this post on InstagramA post shared by Syida Melvin ? (@syidamelvin) on
View this post on Instagram#SyidatesShafiq BOLLYWOOD NIGHT. Pssttt, ada macam @deepikapadukone tak? Haha ?
A post shared by Syida Melvin ? (@syidamelvin) on
Foto : IG Syida Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rezeki Tanpa Saya Sedar, Genap 4 Bulan Dalam Perut Umi,” – Ardell Aryana
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana sehari lalu ada berkongsi rakaman ultrasound yang memperlihatkan bayinya yang dikandung kini sudah pun mencecah usia empat bulan.
Malah pendedahannya itu turut meninggalkan rasa teruja di kalangan rakan artis dan peminat, sementelah Ardell sendiri teruja dengan rezeki zuriat yang dikandung selain berdoa agar anak dan ibu sama-sama kuat.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi entri berkenaan menerusi Instagram.
“Assalamualaikum semua, #Alhamdulillah active sihat. 1 hari lagi 4 bulan usianya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil?
”Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit? Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi.
”Maafkan umi tak sedar kehadiran awak, tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah.
”Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampaikan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujiannya.
“Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Terdahulu, Ardell dan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
Video berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Pakai Tudung Bawal, Baju Kurung..Gaya Che Ta Pancing Perhatian. Tak Pakai Kaca Mata Hitam Oversized!
Sering tampil degan pemakaian kaca mata hitam oversized dalam mana-mana majlis kebelakangan ini, Rozita Che Wan sering dilabel sebagai ‘diva’.
Berbeza kali ini, Che Ta hanya mengenakan baju kurung bercorak bunga dan tudung bawal berwarna putih sahaja.
Difahamkan, Che Ta ketika itu sedang ‘mencuci mata’ untuk memilih makanan di pasar malam di Putra Heights.
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Tidak keseorangan, Che ditemani ibu tercinta.
Lantas, cara pemakaian Che Ta kali ini dipuji netizen apabila dia kelihatan simple tetapi terserlah keayuannya!
Foto: IG Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI