Berita

“Petisyen Buat Di Stadium Bukit Jalil…,” – Minta Maaf Tiket Konsert ‘Licin’ Dalam 2 Jam, ‘Sakti Seorang Siti Nurhaliza’.

Share

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon maaf kepada peminat yang tidak berjaya membeli tiket untuk menonton ‘Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Mac depan.

Menerusi Instagramnya, penyanyi lagu Badarsila itu pada masa sama meluahkan rasa syukur apabila kesemua tiket habis dalam tempoh dua jam, pada Khamis.

Apa pun, Siti ada memberi sedikit harapan kepada peminat yang gagal membeli tiket bahawa beliau mungkin akan mengadakan konsert lain pada masa depan.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.

“Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” tulisnya di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat tampil meninggalkan komen yang pelbagai. Antaranya;

“Elok tinggal 4 minit, jadi 55 minit. Takpelah saya tunggu konsert Aafiyah jelah.”

“Petisyen buat di SNBJ sebelum Siti Nurhaliza pencen. Peminat Siti bukan di Malaysia je tau, seranrau Asia.”

“Sakti seorang Siti Nurhaliza.”

“Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, level Datuk Seri kat Stadium Bukit Jalil. Saya sangat sedih patah hati semualah. Dua jam saya tunggu. Tahu-tahu sold out.”

“All the best TokTi. Siapa last minute tahun depan tak jadi DM me.”

“Sedihnya on time buka dari pukul 2 pm langsung tak dapat masuk. Dah la first time nak tengok konsert secara live.”

Sementara itu, difahamkan pada konsert skala mega itu nanti, Siti Nurhaliza dijangka akan mendendangkan lebih 20 barisan lagu hitsnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH