“Pi Jaga Diri Ampa Dulu, Sekian!,” – Dilabel Tak Sensitif Gara-Gara Video Lawak ‘Gelang Pink’, Ini Respon Balas Chazynash

Share

Selepas dikecam gara-gara menghasilkan video lawak mengenai penggunaan gelang pink yang disangka gelang kuarantin COVID-19, Instafamous, Chazynash tampil memberikan reaksinya.

Menurut Chazynash, walaupun ditomah pelbagai pihak, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya.

Malah, dia turut berazam untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik selepas ini.

“So kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke IG saya. Jangan segan-segan follow saya.

“Tak suka video saya, nak kecam..kecam lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya.

“Terima kasih kepada semua yang support, alhamdulillah syukur 🤲🏻

“P/S: Nak cakap pasai isu sensitiviti? Ampa pi 7E pakai mask dak? Ampa masuk kedai runcit scan mysejahtera ka dak? Ampa pi cucuk duit jaga jarak 1 meter dak?

“Ni kalau ampa tak buat semua ni, takyah nak petik sangat la isu tak jaga sensitiviti tu nah. AMPA PI JAGA DIRI AMPA DULU! Sekian,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Chazynash menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memiliki jumlah pengikut seramai hampir 750,000 orang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh Chazynash itu.

Terdahulu, isu video mempersedakan gelang pink ini turut mendapat reaksi daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut laporan Mstar, Datuk Seri Ismail menegaskan mana-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.

“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai.

“Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya seperti yang dipetik.

Sumber: Instagram Chazynash

Published by
Aizam Manaf