“Pia Berhenti Untuk Bertarung Dengan Penyakit Dia,”- Kucing Belaan Mati Akibat Sawan & Trauma, Naim Daniel Gesa Henti Tabiat Dera Binatang

Share

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tidak dapat memyembunyikan rasa sedih selepas kucing yang dibelanya sejak tiga bulan lalu telah mati, dipercayai akibat sawan pada Ahad.

Menurut Naim, pengalaman menjaga kucing istimewa ini memberi makna mendalam buat diri dan keluarganya.

Difahamkan, kucing yang diberi nama Pia itu diserang sawan ketika sedang diberi makan oleh kakak kepada penyanyi tersebut.

“Assalammualaikum semua. Untuk makluman, Pia, kucing kesayangan kita semua dalam video Naim sebelum ni baru saja meninggal jam 11 pagi tadi.

“Sawan dia attack balik masa kakak tengah suap dia makan. Before this masa dia sawan, kakak managed untuk counter sawan dia and pump dada dia but harini Allah memang nak bawa Pia balik.

“Tiga bulan Allah pinjamkan Pia untuk keluarga kami. Dari papa jumpa dia dekat tepi kedai makan, bela dia sampai hari ni. Akhirnya Pia berhenti untuk bertarung dengan penyakit dia. Sama – sama kita doakan Pia @itspiathecat ,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Sumpah itu menasihati orang ramai supaya menghentikan tabiat mendera binatang kerana ia boleh mendatangkan trauma terhadap bintang berkenaan.

“Pengalaman untuk ada bersama dengan kucing istimewa dalam keluarga kitaorang selama 3 bulan ni memang betul-betul memberi seribu satu makna.

“Peringatan sesama kita, jangan pernah dera haiwan. Macam Pia, dia menderita penyakit sawan yang mungkin berpunca daripada trauma sebelum ini yang pernah didera oleh orang sebelum kami jumpa dia.

“Dan ini adalah penderitaan yang terpaksa Pia tanggung.

“Sayangi haiwan anda, tak kira yang ada beli di pet shop ataupun jumpa sekali di tepi jalan sekalipun. Jangan pernah ada sikap prejudis,” kongsinya.

Kisah sedih tersebut dikongsikan oleh Naim menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian ramai selepas menerima lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen wargamaya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa sedih selain turut terkesan dengan perkongsian Naim itu.

Sumber: Instagram Naim Daniel

Published by
Aizam Manaf