Hiburan

“Pihak Di Sana Berkeras, Kita Juga Berkeras,” – Saman Bekas Pekerja, Puteri Sarah Mahu Perjuangkan Hak

Share

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi menghadiri prosiding mediasi bagi kes pecah amanah dan saman malu terhadap seorang pegawai pemasaran.

Menurut Puteri Sarah, dia mahu memperjuangkan hak dan membersih namanya kerana yakin berada di pihak yang benar.

“Saya harapkan semoga hari ini saya dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada memfailkan dua saman iaiatu saman malu dan pecah amanah.

“Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu yang saya tunggu dari tahun lepas. Hari ini hanya proses mediasi dahulu. Kita tengok ada atau tidak jalan penyelesaian,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, dia akan meneruskan saman jika tiada kata sepakat dapat dicapai ketika prosws mediasi.

“Kalau tiada teruskan kepada undang-undang. Saya geram!

“Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Saya di pihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

Nazatul juga telah menuduh Puteri Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Susulan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

Published by
Aizam Manaf