Pengacara, Roslan Shah difahamkan telah rebah secara mengejut sewaktu menjadi tetamu undangan di program, Wanita Hari Ini sebentar tadi.
Ketika kejadian tersebut, Roslan dikatakan sedang rancak ditemu bual sebelum rebah daripada kerusinya.
Momen tersebut nyata mendapat perhatian ramai memandang program tersebut sedang berjalan secara langsung.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram TV3, pengendali akaun tersebut memaklumkan, sejurus kejadian mengejutkan itu, Roslan telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
“Kepada semua peminat Roslan Shah, jangan bimbang dengan insiden yang berlaku dalam slot Wanita Hari Ini,” tulisnya.
Pihak TV3 turut menambah, selepas menjalani beberapa pemeriksaan, doktor telah pun mengesahkan keadaan Roslan kini berada dalam keadaan yang baik.
Lantaran itu, mereka berharap agar para peminat untuk tidak bimbang mengenai keadaan terkini Roslan.
“Pihak kami telah memanggil ambulans dan beliau telah dibawa ke hospital. Setelah semuanya selesai, doktor mengesahkan bahawa beliau berada dalam situasi yang baik. Alhamdulillah,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega selain turut berharap agar segalanya baik-baik sahaja buat pengacara asal Singapura itu.
“Alhamdulillah. Terkejut tadi tiba- tiba dia batuk dan tumbang.
“Terkejut tengok tadi. Tengah cakap boleh jatuh macam tu. Semoga cepat sihat Cik Lan.
“Terkejut tadi, semoga baik-baik sahaja.
“Semoga dipermudahkan segalanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video yang memaparkan insiden Roslan jatuhh rebah telah pun tular di seluruh platform media sosial.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Roslan diberikan diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram TV3, Kosmo Online & Instagram Roslan Shah