Sebentar tadi, Neelofa ada membuat kenyataan rasmi berhubung iklan isu produk Nilofa Banana Milk yang didakwa mengelirukan hingga turut mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan.

Menerusi posting Jumaat lalu, KKM telah memuat naik satu posting di Facebook BKKM mengenai susu pisang hanya sekadar susu berperisa, bukan ubat yang mampu merawat sebarang penyakit.

Pada masa sama, BKKM turut menggesa pengguna supaya berwaspada dan jangan tertipu dengan iklan-iklan produk makanan seumpama itu.

SUSU PISANG adalah minuman susu berperisa pisang je🧐& Bukanya UBAT untuk merawat sebarang penyakit seperti dinyatakan…

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia on Friday, November 29, 2019

Usahawan itu ada memberikan kenyataan menerusi IG TV di Instagram rasmi Nilofa HQ, memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku.

Malah, Neelofa turut mengakui pihak KKM ada melakukan tinjauan ke kilang bagi mendapatkan kepastian.

IKLAN

“Tentang isu yang menjadi tular di media sosial berkenaan ‘overclaim’ atau kandungan gula, saya nak jelaskan di sini, ketika awal bertemu dengan pihak kilang dan team, saya ada jelaskan.

“Saya kata, nak mahu buat produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan atau kesihatan. Maksudnya tak nak untuk merawat ke, menguruskan ke, mencantikkan ke, memutihkan ke… Saya tak mahu fokus kepada hal tersebut.

“Saya mahu posisikan produk saya sebagai suatu produk gaya hidup atau minuman harian. Sebab itulah tidak ada pun di kotak tentang kesihatan atau kecantikan.

IKLAN

“Pihak KKM juga sudah pun hadir ke kilang kami dan selepas mereka membuat segala penelitian, alhamdulillah apa yang kami perlu perbaiki ialah ‘packaging’ supaya ia diklasifikasikan sebagai susu berperisa pisang.

“Pihak kami juga sudah pun menghantar apa yang perlu untuk diperbetulkan dalam keluaran yang seterusnya,” katanya yang turut menjelaskan tiada tindakan yang diambil atas perkara terbabit.

Neelofa pada masa sama turut berkongsi mengenai peringkat awal produk tersebut dikeluarkan.

IKLAN

“Saya juga ada berbincang dengan agensi pemasaran untuk melakukan penelitian di setiap tahap sebelum membuat sebarang pernyataan.

“Ia perlu mendapat kebenaran kami dan pihak kilang terlebih dulu bagi elakkan salah faham,” katanya yang turut menyentuh mengenai kandungan gula dalam produk minuman Nilofa.

Berikut merupakan kenyataan penuhnya;

Terdahulu, Dr. Amalina baru-baru ini juga ada menulis ciapan mempersoalkan tentang iklan produk yang menyenaraikan kebaikan susu terbabit pada iklan yang disiarkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI