Pelakon, Jay Iswazir mengundang tangis netizen saat dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, semalam.
Katanya, usaha penat-lelahnya dimaki dan dihina selama ini berbaloi saat memegang trofi kemenangan tersebut.
“Selama 10 tahun perlbagai dugaan yang saya terima, bermula dengan pelakon extra kemudian ada yang tak mahu ambil saya berlakon kerana wajah saya.
“Malah, saya juga terpaksa menipu mak saya katakan datang ke Kuala Lumpur untuk belajar sedangkan saya berlakon.
“Saya tidak pernah mendapat sokongan kerana wajah saya malah diri sendiri pun tak yakin kerana benda ini.
“Saya pikul rasa rendah diri dah lama malah pernah mengeluh pada tuhan.
“Akhirnya saya sendiri yang malu dengan tuhan sebab hari ini saya diberi peluang untuk pegang trofi ini.
“Saya juga juga sangat bersyukur diberikab kekuatan walaupun dikutuk dan akhirnya inilah buktinya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, dia juga tidak menyimpan dendam kepada rakan-rakan pelakon yang pernah memperlekehkannya dahulu.
“Saya tidak pernah berdendam dengan mana-mana pelakon, hari ini saya menang kerana jalan cerita yang menarik.
“Saya percaya, InsyaALLAH kalau jalan cerita menarik, ia dapat bantu pelakon memberikan lakonan yang terbaik mereka,” katanya lagi.