Tidak kata yang mampu diungkapkan selain meluahkan rasa kesyukuran apabila diizinkan Allah membesarkan seorang anak kecil yang kini baru berusia tiga minggu.

Memberi nama Hamdee Hafiz buat permata hati, kata penyanyi nasyid ini, dia diberi tempoh dua tahun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum si kecl itu rasmi menjadi anak angkatnya.

Kongsinya lagi, sewaktu Hamdee berusia tujuh hari, dia mengambil tanggungjawab mencukur sendiri rambut anaknya dan telah membuat akikah pada usia 14 hari.

“Alhamdulillah, hari ni sedar tak sedar dah 3 minggu jadi penjaga @hamdeehafiz – insyaAllah dua tahun tempoh diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebelum rasmi menjadi anak angkat saya.

“Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari hari pertama saya dukung Hamdee, berkongsi kegembiraan dengan keluarga saya, berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun dipermudahkan urusan.

“Umur Hamdee 7 hari, saya sendiri shave rambut Hamdee. Umur Hamdee 14 hari saya dah buat Aqiqah untuk Hamdee.

Ads

“Plan asal nak buat majlis kesyukuran, tapi sebab masa tu dah start PKP kerana #Covid19 memang cancel je lah nak buat majlis. Terima kasih @aqiqahcentredotcom mudahkan urusan Aqiqah Hamdee di Mekah.

“Ya, saya syukur sangat rezeki dapat aqiqahkan Hamdee di sana, supaya daging sembelihan boleh disedekah kepada fakir miskin di tanah suci Mekah,” tulisnya.

Hafiz pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan anak kecilnya itu.

“Kepada ibubapa yang berhajat nak aqiqahkan anak mereka di sana, boleh terus contact @aqiqahcentredotcom – insyaAllah cepat, mudah dan efficient urusan tambah-tambah pula sekarang ni nak buat majlis pun susah.

Ads

“Ada yang tanya berapa seekor kambing dan caj menerusi @aqiqahcentredotcom – harga asal RM570, sekarang jadi RM499 saja seekor. Sijil penyertaan pun akan diberikan beserta bukti video sembelihan macam yang saya letak kat post ni.

“Terima kasih kepada teman-teman social media saya yang tak putus-putus doa kan baby Hamdee. Saya juga doakan segala kebaikan dapat juga kepada korang semua.

“Jaga kesihatan, ikut peraturan semua ya. #StayHome dan doakan #Covid19 ni berakhir supaya kita boleh sambut kedatangan Ramadhan tak lama lagi seperti sediakala. Amin ya rabb,” kongsinya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, hari ni sedar tak sedar dah 3 minggu jadi penjaga @hamdeehafiz – insyaAllah dua tahun tempoh diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebelum rasmi menjadi anak angkat saya. Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari hari pertama saya dukung Hamdee, berkongsi kegembiraan dengan keluarga saya, berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun dipermudahkan urusan. Umur Hamdee 7 hari, saya sendiri shave rambut Hamdee. Umur Hamdee 14 hari saya dah buat Aqiqah untuk Hamdee. Plan asal nak buat majlis kesyukuran, tapi sebab masa tu dah start PKP kerana #Covid19 memang cancel je lah nak buat majlis. Terima kasih @aqiqahcentredotcom mudahkan urusan Aqiqah Hamdee di Mekah. Ya, saya syukur sangat rezeki dapat aqiqahkan Hamdee di sana, supaya daging sembelihan boleh disedekah kepada fakir miskin di tanah suci Mekah. Kepada ibubapa yang berhajat nak aqiqahkan anak mereka di sana, boleh terus contact @aqiqahcentredotcom – insyaAllah cepat, mudah dan efficient urusan tambah-tambah pula sekarang ni nak buat majlis pun susah. Ada yang tanya berapa seekor kambing dan caj menerusi @aqiqahcentredotcom – harga asal RM570, sekarang jadi RM499 saja seekor. Sijil penyertaan pun akan diberikan beserta bukti video sembelihan macam yang saya letak kat post ni. Terima kasih kepada teman-teman social media saya yang tak putus-putus doa kan baby Hamdee. Saya juga doakan segala kebaikan dapat juga kepada korang semua. Jaga kesihatan, ikut peraturan semua ya. #StayHome dan doakan #Covid19 ni berakhir supaya kita boleh sambut kedatangan Ramadhan tak lama lagi seperti sediakala. Amin ya rabb.

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on

Ads

Selain itu, Hafiz turut menjawab persoalan nama Hafiz yang diletakkan di belakang nama bayi comel ini.

Jelasnya, dia diberi pilihan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk dibinkan dengan nama Abdullah atau 99 nama Allah.

“Itu nama yang saya pilih masa daftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Boleh pilih 100 nama untuk di bin kan iaitu Abdullah ataupun 99 nama Allah. Jadi saya pilih Abdul Hafiz,” tulisnya.

Pilih Antara 99 Nama Allah Buat Anak, Hafiz Hamidun Tunggu Detik Dua Tahun Sebelum Rasmi Jadi Bapa Kepada Hamdee Hafiz

Foto : Instagram Hafiz Hamidun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI