Pilih Tarikh 21 November 2021, Puteri Aishah Bakal Nikah Hari ini

Share

Pelakon Puteri Aishah difahamkan bakal menamatkan zaman bujangnya, hari ini.

Tarikh tersebut menjadi perhatian ramai selepas nota pendek hari bahagia itu dikongsikan Puteri menerusi Instagram, pada Sabtu.

“21.11.21. It’s today. Bismillahirrahmanirrahim,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian bermakna itu, rakan artis dan peminat melayangkan dedikasi ucapan buat Puteri dan pasangan yang dikenali sebagai Firdaus.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 60,000 kali. Bagaimanapun, perincian mengenai hari bahagiannya tidak dikongsikan.

Terdahulu menerusi MH, Puteri tidak menafikan bakal mendirikan rumah tangga bulan ini bersama lelaki pilihannya selepas lebih dua tahun berkenalan.

Malah katanya, dia menyenangi sikap suami yang memahami selain berazam untuk sama-sama terus mencari rezeki bersama selepas ini meski sudah bergelar isteri.

“Kami kenal ketika sama-sama tengah mengejar impian. Malah katanya, dua tertarik dengan sikap saya yang rajin bekerja. Malah biarpun sudah bergelar isteri selepas ini, saya tak mahu hanya ‘goyang kaki’ di rumah.

“Sebab saya memang impikan seorang suami yang boleh sama-sama bina hidup dalam keluarga. Bukan hanya bergantung pada pasangan semata-mata. Semoga selepas ini, kami berdua terus dimurahkan rezeki insyaAllah,” katanya.

Puteri merupakan finalis Dewi Remaja 2015 sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH