Pilu Dan Syahdu…”Hari Ibu Diraikan Dengan Kematian 4 Anak,” – Heliza Helmi

Share

Di saat warga New Zealand berkabung menghormati kematian 50 mangsa tragedi 15 Mac, di Syria, seorang wanita meraikan Hari Ibu dengan kematian empat anaknya dibedil jet pejuang.

Menerusi laman Instagram Heliza Helmi, difahamkan kejadian berlaku di Idlib beberapa jam lepas.

Sebentar tadi

Hari Ibu diraikan di Syria pada 21 March disambut dengan ‘Sinks and Pain’ apabila jet pejuang membunuh 4 kanak-kanak dan meninggalkan ibu mereka keseorangan dalam kesedihan luar jangka melihat mayat anak-anaknya hancur.

“Kejadian ini berlaku di bandar Idlib 5 jam lepas. Hasbunallah waniqmal wakil,” kongsinya daripada Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kemanusian RescueSyria (MAPIM Malaysia).

Sewaktu jet pejuang datang, ibu ini segera mendapatkan anak-anaknya dan menempatkan mereka di kawasan selamat. 

Namun malang, apabila keempat-empat mereka dibedil dan serpihan meletus mengakitkan kematian kesemua mereka.

Maryam, Islam, Fatima dan Abdullah meninggalkan ibu mereka bersendirian di dunia pada Hari Ibu.

Foto – Instagram Heliza Helmi

Published by
Noraini Abd Wahab