
Memuat naik dua hidangan di entri terbaru Instagram, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menyatakan dia tidak memiliki peralatan pinggan mangkuk mahal atau yang sedang tular.
“Sebaliknya lebih senang menggunakan pinggan percuma yang didapati apabila membeli produk penjagaan diri.
Malah jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, itulah pinggan yang digunakan semenjak mula berkahwin dan masih kekal sehingga ke hari ini.
“kite xde pinggan mahal2, pinggan viral pun xde.. pinggan free ubat gigi darlie je ada.
“Pinggan ni dari zaman memula kahwin dgn aeril lagi. masih ada lagi smpi skg,” kongsinya jujur.
Netizen turut memberikan reaksi dan menyatakan bagi seorang ibu dan isteri, bukan pinggan yang diukur sebaliknya hidangan yang dimasak dengan kasih sayang.
Foto : Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aduh! Balik Rumah Baru Terfikir Nape Tak Sumbat Je Batang Test Tu Dalam Hidung Sendiri,” – Ruhainies ‘Gugup’ Buat Swab Test Sampai Shaking Tangan Kaki!

Perkongsian video dari pelakon Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau nama komersialnya, Ruhainies di Instagram menarik perhatian wargamaya.
Meski tidak mempunyai kontak rapat, namun pelakon Jejak Karmila ini tetap melakukan ujian saringan Covid-19 (swab test) demi keselamatan diri serta komitmen kerja.
Bagaimanapun, gelagat spontannya yang takut-takut nyata membuatkan ramai memberikab pelbagai reaksi.
Malah, Ruhainies turut dilihat memegang tangan ibunya kerana rasa gemuruh untuk melakukan ujian saringan baru-baru ini.
“Here you go my swab test video siang tadi. Proof that i pun berani okay buat swab-test. sampai shaking tangan dengan kaki.
“Tapi takpe, ni pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.
“I fikir takde close contact, duduk rumah diam diam tak keluar boleh selamat dah takyah swab test haha.
“Takut punya pasal, tapi dah nak start masuk set for work, kena jugak buat,” tulisnya jujur pada ruangan kapsyen.
Menzahirkan rasa syukur, pelakon berusia 28 tahun itu turut memaklumkan dia disahkan negatif virus berkenaan.
“Aduh! balik rumah baru terfikir nape tak sumbat je batang test tu dalam hidung sendiri. Mesti tak setakut ni. Oh takleh ke.
“Alhamdulillah, my result is negative,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan respon dan bersyukur atas keputusan yang diterimanya.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Andai Tak Punya Kerja, Memang Mudah Sangat Teringat Arwah,”- Khir Rahman

Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.
“Antara yg pernah saya jadikan story di IG.
“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.
“Izinkan saya abadikan disini. Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/02/IMG_7355.mp4?_=1
Menerusi video hitam-putih itu, arwah yang juga penyanyi popular era 1960-an, tersenyum sendirian sambil matanya menatap telefon bimbit.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 20,000 tontonan.
Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat,Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khir Rahman dan Khairulazmi.
Anak kedua arwah, Allahyarham Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.
Video/Foto : Instagram Khir Rahman,Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
345 Kematian Sehari Di Itali, Situasi Memburuk Selepas Lebih 10k Warga Itali Pulang Ke Kampung Dari Zon Merah. Lelaki Ini Kongsi Kisah Tragis

Pelayar Twitter, Jason Yanowitz melayangkan status menyenaraikan peringkat demi peringkat apa yang berlaku akibat jangkitan COVID-19 di Itali.
Dia menggesa masyarakat dunia untuk mengambil serius kerana apa yang berlaku lebih teruk daripada jangkaan.
Posting ini turut mendapat perhatian dunia dengan diretweet kembali hampir 200,000 pelayar lain yang turut gusar akan pandemik yang berlaku.
Sesetengah melihat wabak ini sekadar wabak biasa yang datang, namun perkongsian Yanowitz membuka mata dan mengubah perspektif bagaimana seharusnya wabak ini ditangani daripada awal.
Jelasnya terdapat enam peringkat yang dialami Itali sebelum COVID-19 mengganas sehingga membunuh 2503 mangsa sehingga 18 Mac 2020, hampir menyamai jumlah kematian di China.
Secara ringkas bebenang ini menceritakan bagaimana rakyat Itali mengambil ringan akan wabak yang melanda. Rata-rata masih meluangkan masa di kafe, restoran dan bar dan mengambil bersikap tidak endah.
Jelasnya, situasi di Itali sangat kritikal sehingga rakyat terpaksa dikuarantin, namun melihat negara lain bersikap sambil lewa seolah-olah mereka tidak terlibat, cukup membimbangkan, kerana, dahulunya, mereka juga begitu.
Peringkat pertama, kes pertama muncul di Itali, namun masyarakat tidak ambil peduli kerana ia cuma selesema yang teruk. Dan pasti, wabak ini tidak akan menjangkiti mereka.
Peringkat kedua, bilangan semakin meningkat. Kerajaan mengumumkan ‘red zone’ dan kuarantin bagi negeri yang terlibat.
Namun rakyat tidak panik dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka merasakan media hanya menimbulkan panik.
Peringkat ketiga, bilangan semakin meningkat mendadak dan semakin banyak kematian berlaku. Kerajaan isytihar ‘red zone’ bagi 4 negeri.
Sekolah dan universiti ditutup namun premis lain masih beroperasi seperti biasa. Pekerja masih perlu ke pejabat.
Lebih 10,000 individu daripada ‘red zone’ meninggalkan kawasan kuarantin dan pulang ke kampung bagi mengelakkan sekatan. Hampir 75 peratus rakyat Itali masih meneruskan rutin seperti biasa.
Mereka tidak sedar betapa serius situasi yang melanda. Amalan membersihkan tangan dan hadkan pergerakan tidak dipedulikan.
Peringkat keempat, kes meningkat dengan lebih pantas. Ia menjadi kes kecemasan negara. Hospital sudah melebihi kapasiti dan seluruh unit dikosongkan untuk merawat pesakit COVID-19.
Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi sehingga doktor pesara dipanggil kembali berkhidmat dan pelajar perubatan diminta bertugas. Tiada lagi shif bekerja, pasukan perubatan bekerja selama yang mungkin.
Terlalu ramai pesakit kronik namun tiada tempat yang mencukupi di Unit Rawatan Rapi. Hospital bagai medan perang, doktor harus memilih pesakit yang mempunyai peluang untuk hidup untuk dirawat.
Ini bermakna warga tua dan pesakit kritikal lain tidak mendapat rawatan kerana pesakit COVID-19 menjadi keutamaan. Semakin ramai yang mati kerana tiada tempat di hospital.
Doktor meluahkan terpaksa membiarkan tiga pesakit mati. Warga hospital menangis kerana tidak mampu melakukan apa-apa.
Peringkat kelima, ingat lagi 10,000 yang lari daripada kawasan merah? Ia menyebabkan seluruh negara dikuarantin pada 9 Mac agar virus tidak merebak.
Namun semua premis boleh beroperasi seperti biasa kerana bimbang ekonomi jatuh merudum. Mereka bagaimanapun masih keluar dan berkumpul seperti biasa.
Peringkat keenam, dua hari kemudian, kerajaan mengarahkan hampir seluruh premis ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Individu hanya boleh keluar jika mempunyai pengesahan.
Pihak polis akan membuat rondaan dan sesiapa yang keluar tanpa sebab kukuh akan didenda €206 bersamaan hampir RM1000 dan jika didapati positif COVID-19, akan dipenjarakan 1 sehingga 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Jelasnya lagi, semua berlaku hanya dalam dua minggu. Dia turut mengingatkan seluruh masyarakat dunia agar berjaga-jaga akan wabak tersebut. Bukan sahaja virus yang harus ditakuti, namun kesan yang dibawa kepada seluruh kehidupan.
Malah jelasnya, kerajaan Itali mengambil langkah melindungi rakyat dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada pihak bank.
Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.
Lalu pada 18 Mac, sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali.
Sumber : Twitter Jason Yanowitz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI