Lagu Temberang berkumandang di padang UiTM Dungun, Terengganu dengan gelagat seorang pelajar lelaki menari mengikut lenggok Lagu Temberang.
Malah, lagu terkini dari Ayda Jebat itu cukup menarik hati pengguna media sosial, apabila Ayda sendiri dilihat berkongsi pautan berkenaan di Instagram.
Menerusi kapsyen penyanyi ini pula, dia turut terhibur dengan aksi spontan pelajar terbabit, lebih-lebih lagi dengan ‘tarian pinggul’ yang dilakukan.
“Dapat banyak dm & video viral ni! Thank you UiTM Dungun! Yang ni kalau saya pergi ganu confirm jadi dancer saya. Nak babygirl datang tak?
“Get ready adik! Perform solo ek you berani bethooool! Pinggang ok tak tu? Macam pok lekor tranung hok aloh mung ni.
Ads
Tag siapa yang ada dalam video ni,” pinta bintang Cindai ini.
Sebanyak 30 buah lagu telah pun mara ke Muzik-Muzik Separuh Akhir 34.
Kehangatan pentas separuh akhir Muzik-Muzik edisi terbaru ini bakal menemui penonton bermula 15 November depan.
Berikut ialah giliran persembahan lagu yang terpilih;
Minggu Pertama (15 November 2019)
1. DRAMA BAND – Drama
2. ERNIE ZAKRI – Ku Bersuara
3. SHILA AMZAH – Tiada Dirimu
4. SUFIAN SUHAIMI – Mencuba
5. KHAI BAHAR – 123
6. SITI NORDIANA & KHAI BAHAR – Satukan Rasa
7. WANY HASRITA – Terlalu Memuja
8. SITI NORDIANA – Hatiku Milikmu
9. ISMAIL IZZANI – Bidadari
10. USOP – Aku Yang Bersalah
11. LUQMAN FAIZ – Kepuraanmu
Minggu Kedua (22 November 2019)
1. DATO’ SRI SITI NURHALIZA – Anta Permana
2. AKIM & THE MAJISTRET – Rampas
3. ADIRA – Pujaan Hati Kanda
4. NAIM DANIEL – Sumpah
5. ARA JOHARI – Paku
6. HAFIZ SUIP – Kisah Cinta Kita
7. MUNA SYAHIRAH – Teguh Setia
8. FAIZAL TAHIR – Ragaman
9. SARAH SUHAIRI – Pedih
10. TOMOK – Bekas Kekasih
11. HAQIEM RUSLI – Lembah Kesepian
Minggu Ketiga (29 November 2019)
1. KUGIRAN MASDO – Dinds
2. HAZAMA THE PENGLIPURLARA – Peneman
3. MARSHA MILAN – Bimbang
4. AMYLEA X MEGAT – Tetap Kamu
5. INDAH RUHAILA – Pudar
6. AINA ABDUL – Sumpah
7. AMAN RA – Bangun
8. ALYAH – Jutaan Purnama
Pentas separuh akhir Muzik-Muzik yang ke-34 bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan bersiaran langsung di TV3 pada jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menerbitkan filem Seandainya Kau Ada, syarikat penerbitan juga penerbit drama Ayahanda, Zeel Production merancang untuk membawa karya kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah itu ke layar perak.
Kata penerbitnya, Fadzil Teh, usaha untuk merealisasikan projek terbabit didorong sambutan baik ketika drama berkenaan disiarkan menerusi slot Lestary TV3 tahun lalu.
“Kita baru nak ‘pitching’ usaha mengangkat drama itu ke pentas filem. Insya-Allah kalau semua dipermudahkan, kita mahu kekalkan pelakon sedia ada.
“Berkemungkinan versi filem ini masih mengambil sentuhan novel dan kita ubah mengikut keperluan semasa,” katanya.
Fadzil menambah, sekalipun membawa tema berat, ia meraih maklum balas positif penonton yang sekali gus berjaya menjentik emosi ramai.
“Di bawah arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar dengan skrip dihasilkan Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan, drama itu berjaya memaku penonton TV3.
“Episod akhir drama ini yang disiarkan 31 Julai lalu, ditonton empat juta orang, mengikut sumber Nielsen,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai permulaan, drama itu akan dihasilkan dalam format telefilem istimewa raya terlebih dahulu bagi siaran Syawal kelimadi TV3 jam 9 malam.
“Format telefilem ini kita hasilkan selama dua jam. Lokasi bagaimanapun hanya akan dibuat dibuat di Selangor kerana kekangan masa dan masalah tarikh bercanggah membabitkan artis.
“Jadi tak dapat lakukan penggambaran di lokasi seperti drama ini iaitu di Perlis. Insya-Allah penggambaran akan bermula 17 April ini.
“Kita akan mengekalkan pelakon asal seperti Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Jalil Hamid, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira dan ramai lagi.
“Akan ada juga penampilan istimewa pelakon wanita yang akan menjadi watak menantu kepada Hajah Noriah yang dilakonkan Ogy,” katanya.
Dalam pada itu, Fadzil juga bersyukur kerana drama berkenaan turut disenaraikan dalam pencalonan awal bagi empat kategori di Anugerah Telenovela 2022.
“Drama ini bersaing dalam pencalonan awal kategori Telenovela Popular dan Novel Popular. Malah Ogy dan Jalil juga berentap dalam kategori pelakon dan gandingan serasi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, produksinya juga sedang mencari bakat pelakon wanita baharu untuk membintangi drama muzikal terbaru yang akan disiarkan di TV3 kelak.
“Pencarian bakat wanita ini terbuka kepada semua bangsa, agama, saiz dan warna kulit. Bonus jika mereka boleh menari, menyanyi, bermain alat muzik dan aktif di media sosial.
“Syarat yang ditetapkan dari 18 hingga 26 tahun. Mereka juga tak perlu satu juta pengikut di media sosial kerana kita utamakan bakat baharu. Bakat ini tentunya tak ada pengikut ramai,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit terkenal, Penerbit Datuk A Aida bersyukur apabila episod akhir drama terbitannya, Kisah Cinta Kita (KCK) yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 trending nombor satu di Twitter.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, A Aida menjelaskan, atas sambutan baik yang diterima, dia merancang untuk menerbitkan KCK musim kedua selepas ini.
“Allhamdulillah, thank you pada semua peminat KCK. Insya-Allah kita cuba propose KCK2, hopefully @dramasangat @khai_salleh bagi green light,” tulisnya ringkas.
Meninjau menerusi ruangan komen pada hantaran terbabit, para peminat turut meninggalkan reaksi positif terhadap drama yang didukung Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu.
Rata-ratanya memuji dan menyambut baik perancangan pemilik rumah produksi A Aida Production Sdn Bhd itu untuk menerbitkan musim kedua drama rantaian berkenaan.
“Tahniah dan terima kasih Datuk dan semua yang terlibat for this great drama,” tulis peminat.
“Tahniah… Tak pernah tinggal satu episod pun cerita ni. Pukul 6 dah start duduk depan TV lepas tu solat Maghrib, sambung tengok sampai pukul 8. Memang terbaik cerita ni. Harap-harap ada sambungan untuk sesi kedua,” reaksi salah seorang peminat.
“Tahniah… best sangat cerita ni. Dah ulang-ulang tengok setiap episod dekat 20 kali pun still tak boring,” puji peminat lainnya.
“Terima kasih Datuk A.Aida untuk naskhah yang sarat dengan pengajaran, kekeluargaan dan cinta ni. Tak sabar nak tunggu KCK 2 pula,” komen peminat.
“Tahniah Datuk dan semua team #kisahcintakita. Thank you so much sebab berjaya buat penonton kembali pada malay drama. Semalam hingga malam ni memang trending letups,” antara komen lain yang tertera.
“Drama Melayu pertama yang saya tengok sampai repeat all episodes berkali-kali. Congrats Datuk berjaya mencuri hati penonton dan all the best for KCK 2,” tulis peminat.
Selain Aedy dan Amelia, KCK turut dibarisi pelakon hebat lainseperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean dan Ikmal Amry.
Sementara lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku serta dua lagi lagu lain iaitu Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip dan Ernie Zakri) dan Duri (Ahmad Syafiq).
Drama bersiri tersebut sebelum ini bersiaran selama 28 episod bermula 26 November lalu di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.
Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...