Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi detik-detik lucu diserang lalat ketika sedang mengemudi sebuah program bual bicara secara langsung di sebuah stesen televisyen sebentar tadi.
Dia bagaimanapun cukup bijak mengendalikan situasi dan meneruskan tugasan dengan sempurna.
“Macam2 boleh terjadi semasa kita host live show. Antaranya, kena serang dengan lalat.
“Nasib tak bersilat je masa live tadi
#UyainaArshad #whitv3,” kongsi Uyaina.
Terhibur dengan rakaman yang dikongsi, netizen memberikan reaksi dan ada yang berseloroh mengatakan dia tidak mandi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Foto : Instagram Uyaina Arshad