Rapper, Altimet berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat berganding bahu dalam memutuskan rantai Covid-19 memandangkan negara ketika ini baru sahaja mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP).
Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, sekiranya seluruh rakyat Malaysia dapat berkerja sama, tidak mustahil kita dapat menurunkan jumlah kes harian Covid-19.
“Terimalah kasih, negeri-negeri lain yang bersolidariti denganSelangor. Kita harungi bersama. Ssssaaaaatttuuuuuuuu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan penyanyi lagu Kalau Aku Kaya itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram.
Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat reaksi daripada seorang pengusaha chalet yang menyifatkan pelaksaan PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendaptannya.
“Bisnes semua drop bang dari bulan 1 lagi. Kami tiada customer di chalet kami kat janda baik tu sebab tu saya tururn ke kl buat grabfood,” luah individu tersebut.
Simpati akan nasib yang menimpa individu tersebut, Altimet mendedahkan dia juga ketika ini sedang berhadapan dengan situasi yang sama.
“Faham bro. Saya pun bayar gaji staff guna duit simpanan syarikat & peribadi ni.
“Kita bertahan sebanyak boleh. #kitajagakita. Nanti keadaan ok saya bawak famili gi Janda Baik ok?,” katanya lagi.
Terbaru, kerajaan baru sahaja mengumumkan perlaksanaan PKP di seluruh negera berkuatkuasa bermula 12 Mei ini.
Pengumuman tersebut termasuklah larangan untuk sesi ziaran dari rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: Twitter Altimet