Platform Pertama Cungkil Bakat Secara Atas Talian, COF Lockstar Tawar Hadiah Bernilai RM50k, RM8,888 ‘Cash’!

Share

Semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19, segala aktiviti melibatkan sektor industri kreatif kini dilihat berjalan dengan sangat perlahan lebih-lebih lagi bila melibatkan program-program mencungkil bakat-bakat baru.

Sabagai inisiatif untuk tidak membiarkan situasi ini terus berpanjangan, syarikat rakaman, COF Music dengan bangganya memperkenalkan program realiti pertama secara dalam talian iaitu COF LOCKSTAR.

Istimewanya, COF LOCKSTAR turut menampilkan lima penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah, Tomok dan Altimet. Sementara, Ajak selaku hos program dan komposer, Pown Hasril selaku Pengarah Music.

Ditanya mengenai cabaran yang harus dihadapi oleh pijak juri bagi memastikan sistem pemarkahan dapat diadili dengan baik, ini reaksi yang diberikan oleh Hazama;

“Sebagai juri, saya memang ada sedikit kesukaran untuk menilai peserta-peserta ni kerana sebelum ini, kita menilai secara live dan bersemuka. Di situ, kita boleh nampak mereka punya stage fright, kesilapan dan sebagainya. Penjurian itu akan jadi lebih detail.

“Apabila pertandingin ini dijalankan dalam bentuk video dan ia telah disunting, saya akui ada sikiti kesukaran. Tetapi, pada saya, pucuk pangkalnya mereka tetap akan menjadi jadi artis rakaman. Dari situ kita boleh nampak kualiti mereka ketika sesi rakaman.

“Dalam keadaan negara sedang mengalami pandemik ini, mungkin ini platform terbaik yang dapat kita buat. Kita menilai apa yang ada di depan kita sahaja, katanya kepada MH.

Penyanyi lagu, Penglipur Lara ini berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan program COF Lockstar yang berlangsung pada Jumaat.

Katanya lagi, selain daripada aspek kualiti vokal, antara kriteria lain yang akan dinilai termasuklah kesungguhan dalam melakukan persembahan.

“Matlamat asalnya, pada akhirnya nanti kita ingin melahirkan artis rakaman. Jadi, kesungguhan mereka juga akan dinilai.

“Bagaimana mereka akan menafaatkan peluang ini? Adakah mereka masuk hanya suka-suka sahaja atau memang serius?Semua itu akan diambil kira. Daripada video yang mereka hantar walaupun hanya di rumah kesungguhan itu amat dititikberatkan.

“Dari situlah penjurian akan dijalankan dan kita akan nampak artis masa yang akan mudah untuk dijaga nanti. Itulah berbezaan daripada sistem-sistem penjuriaan sebelum ini,” jelasnya lagi.

Program yang memulakan pencarian peserta juga secara dalam talian sejak bulan lalu itu berjaya menerima lebih 2,000 penyertaan. Bagaimanapun, hanya 12 peserta terbaik layak ke peringkat seterusnya.

Selain pesert solo, COF Lockstar turut menampilkan tiga orang rapper dan satu peserta kumpulan.

Persembahan mingguan bakal ditayangkan secara live stream bermula Sabtu, 28 Ogos, jam 9 malam di Youtube dan Facebook COF Music.

Selaku juara, peserta akan membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 merangkumi hadiah berupa wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.

Tempat kedua pula akan membawa pulang RM5,555 beserta trofi manakala pemenang tempat ketiga akan meraih RM3,333 beserta trofi.

Selain hadiah utama, COF Lockstar turut memperkenalkan dua kategori khas iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.

Published by
Aizam Manaf